Posted in

KEETH LANCAR HOLLYWOOD DIARIES, ROCK MALAYSIA KEMBALI GEGAR PENTAS ASIA!

KEETH LANCAR HOLLYWOOD DIARIES

KEETH Kembali Gegar Arena Rock Asia Dengan EP “Hollywood Diaries”, Bukti Rock Malaysia Masih Relevan Di Pentas Global.

KEETH

Selepas mencipta kejayaan membanggakan di pentas antarabangsa sebagai Naib Juara Asia New Beat Grand Finals 2026 di Bangkok, penyanyi rock tempatan, KEETH kembali menghangatkan industri muzik menerusi pelancaran EP terbaharu berjudul Hollywood Diaries.

KEETH LANCAR HOLLYWOOD DIARIES

HOLLYWOOD DIARIES

Dilancarkan dalam sebuah sidang media eksklusif di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, karya ini menjadi simbol kebangkitan baharu muzik rock tempatan yang kini semakin mendapat perhatian di peringkat Asia. Lebih daripada sekadar EP biasa, Hollywood Diaries membawa naratif perjalanan seni KEETH yang penuh cabaran, eksplorasi dan impian besar untuk membawa nama Malaysia ke pentas dunia.

FIGURA ROCK GENERASI BARU

Kejayaan di Bangkok sebelum ini bukan sahaja memperkukuhkan reputasi KEETH sebagai antara figura rock generasi baharu paling menyerlah, malah membuktikan muzik rock Malaysia masih mempunyai tempat dan peminat tersendiri di persada antarabangsa.

KEETH LANCAR HOLLYWOOD DIARIES

BUKAN NAMA ASING DALAM ROCK TEMPATAN

Dikenali dengan vokal bertenaga dan persembahan pentas penuh karisma, KEETH bukan nama asing dalam dunia rock tempatan. Sepanjang kariernya, beliau pernah membuka persembahan untuk Steven Adler di venue legenda Whisky a Go Go di Los Angeles selain mewakili Malaysia ke pertandingan World Championships of Performing Arts dan membawa pulang enam pingat emas.

Penglibatan bersama kumpulan legenda MAY serta penampilan di festival antarabangsa seperti Byron Bay Bluesfest dan Bali Blues Festival turut membentuk identiti muziknya yang menggabungkan elemen rock klasik, blues dan sentuhan moden bertaraf global.

PENGALAMAN HIDUP DI LOS ANGELES

Menerusi Hollywood Diaries, KEETH tampil lebih jujur dan peribadi dengan membawa pendengar menyelami pengalaman hidupnya di Los Angeles, cabaran mengejar impian besar serta pencarian identiti sebagai pemuzik Malaysia di arena antarabangsa.

SINGLE FALLIN’ [OCEANS]

Antara karya paling mencuri perhatian dalam EP ini ialah single Fallin’ (Oceans) yang tampil dengan susunan muzik lebih sinematik dan emosional. Lagu tersebut diinspirasikan daripada minat KEETH terhadap dunia surfing, lautan dan pengalaman mengenali pelbagai budaya sepanjang pengembaraan muziknya di luar negara.

KEETH LANCAR HOLLYWOOD DIARIES

Berbeza daripada elemen rock berat yang mendominasi keseluruhan EP, Fallin’ (Oceans) membawa gabungan bunyi blues, gospel serta tekstur Nusantara yang unik, sekali gus memberikan warna baharu dalam perjalanan muzik KEETH.

BUKAN SEKADAR LAGU TAPI MANIFESTO

Bagi KEETH, Hollywood Diaries bukan sekadar koleksi lagu, tetapi sebuah manifesto bahawa pemuzik Malaysia juga mampu berdiri sama tinggi dengan artis antarabangsa tanpa perlu meninggalkan identiti sendiri.

Dalam landskap muzik tempatan yang kini banyak didominasi genre pop dan urban, kemunculan KEETH menerusi Hollywood Diaries hadir sebagai nafas segar buat peminat rock moden yang dahagakan karya berani, autentik dan berkualiti global.

Dengan pencapaian antarabangsa yang semakin berkembang serta identiti muzik yang semakin matang, KEETH kini dilihat sebagai antara nama penting yang berpotensi membawa kebangkitan baharu muzik rock Malaysia di pentas Asia dan dunia.

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *