HUAWEI bakal melancarkan WATCH FIT 5 Series, WATCH ULTIMATE DESIGN Spring Edition dan FreeClip 2 Berry Purple di Malaysia pada 19 Mei 2026 dengan ciri kesihatan pintar dan reka bentuk premium.
HUAWEI WATCH FIT 5 SERIES
Huawei bakal membuka lembaran baharu dalam dunia teknologi gaya hidup menerusi pelancaran rasmi tiga produk wearable terbaharunya di Malaysia pada 19 Mei 2026 iaitu HUAWEI WATCH FIT 5 Series, HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN Spring Edition dan HUAWEI FreeClip 2 dalam warna eksklusif Berry Purple.

KEMPEN GLOBAL
Dilancarkan di bawah kempen global “Now Is Your Spark”, barisan produk terbaharu ini menggabungkan teknologi kesihatan pintar, reka bentuk premium dan elemen ekspresi diri yang semakin menjadi keutamaan pengguna moden masa kini.
Menjadi fokus utama pelancaran kali ini ialah HUAWEI WATCH FIT 5 Series yang tampil dengan reka bentuk lebih segar, moden dan versatil sambil mengekalkan identiti skrin segi empat ikonik yang cukup sinonim dengan siri tersebut. Model standard hadir dalam pilihan warna Silver, Purple, Green, White dan Black yang lebih sporty serta sesuai untuk gaya hidup aktif.
VERSI PRO LEBIH PREMIUM
Sementara itu, versi Pro pula tampil lebih premium dengan penggunaan material berkualiti tinggi dan kemasan elegan menerusi tiga pilihan warna utama iaitu Orange, Black dan White yang memberi sentuhan lebih mewah untuk kegunaan harian.
SIAPA WAJAH KEMPEN?
Bagi menyerlahkan lagi imej fesyen dan gaya hidup siri ini, HUAWEI turut bekerjasama dengan Meerqeen sebagai wajah kempen tempatan yang mengetengahkan elemen bergaya, moden dan fleksibel sesuai dengan personaliti generasi muda hari ini.

REKA BENTUK
Selain reka bentuk yang lebih menarik, WATCH FIT 5 Series turut dipertingkatkan dengan pelbagai ciri kesihatan pintar generasi baharu. Antara teknologi utama yang diperkenalkan termasuk amaran A-fib berasaskan gelombang nadi, fungsi ECG yang diperakui CE dan MDA, pengesanan kekerasan arteri serta ciri baharu Diabetes Risk Study yang membantu pengguna memantau kesihatan secara lebih proaktif.
MINI WORKOUT WATCH FACE
Dalam masa sama, siri ini turut memperkenalkan mini-workout watch face iaitu ciri interaktif baharu yang menggalakkan pengguna melakukan senaman ringkas sepanjang hari tanpa perlu mengganggu rutin harian mereka.
WATCH ULTIMATE DESIGN SPRING EDITION
Bukan itu sahaja, HUAWEI juga bakal memperkenalkan WATCH ULTIMATE DESIGN Spring Edition yang mengetengahkan sentuhan lebih eksklusif dan mewah, selain FreeClip 2 dalam warna Berry Purple yang tampil lebih bergaya dan ekspresif untuk pengguna yang mahu teknologi menjadi sebahagian daripada identiti peribadi mereka.

Sempena pelancaran ini, pelanggan yang membuat pra-tempahan HUAWEI WATCH FIT 5 Series turut akan menerima pelbagai hadiah eksklusif termasuk HUAWEI FreeBuds SE 2, jaminan APAC selama setahun, keahlian HUAWEI Health+ selama tiga bulan, langganan Watch Face selama sebulan serta baucar Early Bird bernilai sehingga RM150.

Pra-tempahan boleh dibuat menerusi laman rasmi Huawei Malaysia, HUAWEI Experience Store serta platform rasmi HUAWEI di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.
Dengan gabungan teknologi kesihatan pintar, reka bentuk premium dan elemen gaya hidup moden, pelancaran HUAWEI WATCH FIT 5 Series dijangka menjadi antara wearable paling mendapat perhatian pengguna Malaysia tahun ini.
