🏮 Sungei Wang Village: Street of Memories Hidupkan Nostalgia Tahun Baharu Cina 2026
SUNGEI WANG VILLAGE: STREET OF MEMORIES
Sempena Tahun Baharu Cina, Sungei Wang Plaza mempersembahkan kempen istimewa “Sungei Wang Village: Street of Memories”, berlangsung sehingga 24 Februari 2026. Kempen ini membawa pengunjung mengimbau kembali memori zaman kanak-kanak dengan suasana perkampungan tradisional yang penuh kehangatan dan nilai budaya.

Menurut Joseph Teo, Pengurus Besar Sungei Wang Plaza, dekorasi tahun ini direka bagi menghidupkan semula emosi dan keindahan sambutan tradisional di tengah kota.
GLOW OF THE TWELVE ZODIAC
Antara tarikan utama ialah paparan cahaya “Glow of the Twelve Zodiac” di pintu masuk utama, hasil kolaborasi bersama 8TV, menampilkan 12 maskot zodiak dalam suasana “grand reunion” yang memukau dan Instagrammable.

MINNATURE MALAYSIA
Kempen ini turut bekerjasama dengan MinNature Malaysia>, mempamerkan seni miniatur yang menggambarkan tradisi makan besar, pembuatan tanglung dan kraftangan tarian singa — memberi peluang kepada pengunjung menghargai warisan budaya secara dekat dan terperinci.
THE LION DANCE EXPERIENCE
Melengkapkan pengalaman ialah The Lion Dance Experience, menampilkan pameran pembuatan kepala singa, bengkel interaktif untuk kanak-kanak serta persembahan tarian singa secara langsung sehingga 20 Februari.

BAZAAR TAHUN BARU CINA
Bazar Tahun Baharu Cina di Centre Court dan pintu masuk utama pula menawarkan teh tradisional, biskut perayaan, cheongsam dan snek nostalgia dari pelbagai kampung baru di Malaysia.

GANJARAN BUAT PENGUNJUNG
Sebagai penghargaan kepada pelanggan, pengunjung yang berbelanja RM188 ke atas boleh menebus paket ang pau eksklusif, manakala pembelian RM388 dan RM588 melayakkan penebusan cenderahati perayaan khas.
Sungei Wang Plaza terus komited menjadi hab komuniti yang meraikan kepelbagaian budaya, sambil mengajak orang ramai mencipta memori indah bersama insan tersayang sepanjang musim perayaan ini.
