Posted in

KAKA AZRAFF MPT, APA YANG AWESOME?

KAKA AZRAFF MPT,

Setelah 16 tahun berada dalam industri, Kaka Azraff akhirnya mengakhiri penantian peminat dengan membawa buah tangan berbentuk album sulungnya MPT.

KENAPA MPT?

yang diambil dari perkataan eMPaTI, kemampuan untuk memahami perasaan atau pengalaman orang lain, seolah-oleh kita berada di posisi mereka.

Bertempat di Kafe Bijou, Ara Damansara, Kaka telah mengadakan sesi Showcase & Listening Party bersama peminat, pengamal media dan rakan- rakan industri untuk sama-sama meraikan album sulungnya.

KAKA AZRAFF MPT,

HASIL KOLEKTIF 3 TAHUN

Kesemua lagu membawakan pengalaman hasil kolektif sepanjang tiga tahun Kaka memilih untuk tidak berada di bawah sorotan utama. Pelbagai pengalaman, perbualan dan perkongsian daripada orang sekeliling menjadi sumber idea utama dalam membentuk arah dan identiti album ini, sekali gus memberi ruang untuk beliau berkarya.

NARATIF TERSENDIRI

Kesemua elemen tersebut akhirnya menjadi teras bagi bunyi MPT. Album ini menampilkan 6 buah lagu yang masing-masing membawa naratif tersendiri; Berubah, Cabar, Arguments , Bully, Takleh Usik dan Aku .

KAKA AZRAFF MPT,

SONAONE DAN YONNYBOII

Dalam proses penghasilan lagu-lagu ini, fokus tidak diberikan kepada pencarian kesempurnaan atau aspek teknikal semata-mata, sebaliknya kepada kejujuran dan keaslian emosi yang ingin disampaikan. Album ini merupakan hasil kolaborasi terbitan bersama dua penerbit SonaOne dan juga Yonnyboii bagi menghasilkan melodi yang harmoni sesuai dengan naratif album ini.

KEMUNCULAN SEMULA

MPT tidak diposisikan sebagai satu bentuk kemunculan semula, tetapi sebagai kesinambungan kepada perjalanan seni Kaka. Ia merupakan satu fasa penyesuaian semula yang memberi makna kepada setiap pengalaman, hubungan dan ruang yang telah dilalui.

KAKA AZRAFF MPT,

Secara keseluruhan, MPT menandakan satu langkah ke hadapan, bukan sahaja dari segi muzik, tetapi juga dari sudut kehidupan, sekali gus mencerminkan kematangan dan perkembangan yang berlaku secara tenang dan berperingkat.

Album ini dihasilkan dengan usahasama pelbagai pihak serta sokongan Dana Kandungan Kreatif (DKK) daripada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures serta distribusi Universal Music Malaysia. Album MPT akan dilancarkan pada hujung Januari 2026.

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *