PESONA NORA DANISH DALAM AMBER OASIS 2.0: MIRAGE

Pesona Nora Danish dalam Amber Oasis 2.0: Mirage cipta definisi baru fesyen berhijab.

AMBER OASIS 2.0: MIRAGE

Pelakon terkenal Nora Danish terus mencuri tumpuan apabila tampil berhijab dengan penuh anggun dan keyakinan sejak Julai 2024. Penampilan terbarunya bersama Amber Oasis 2.0: Mirage membuktikan bahawa wanita berhijab juga boleh menonjolkan gaya moden tanpa mengorbankan nilai kesopanan.

SENTUHAN PADANG PASIR?

Koleksi baharu daripada jenama Amber ini diilhamkan daripada kelembutan pasir dan misteri miraj, menampilkan rekaan yang menyeimbangkan elemen klasik dan kontemporari. Setiap helaian dicipta untuk menyerlahkan feminin yang lembut, kuat dan elegan.

MEMPUNYAI MESEJ KEYAKINAN & KEINDAHAN

Menurut Pemilik Amber merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Hasan, koleksi ini bukan sekadar memperkenalkan rekaan baharu, tetapi membawa mesej yang lebih mendalam tentang keyakinan dan keindahan wanita moden.

“Amber Oasis 2.0: Mirage adalah lambang wanita moden yang berani, lembut dan penuh karakter. Kami mahu wanita berasa selesa tanpa berkompromi dengan nilai kesopanan,” katanya.

EKSKLUSIF 3 GAYA UTAMA

Tiga siri utama diperkenalkan di bawah Amber Oasis 2.0: Mirage iaitu:

BELLA – RM389 (SHIMMERING VOILE)

Gaya dua helai yang ringkas namun mewah, hadir dalam tona bumi seperti Oud Brown, Rose Gold dan Tilbury Teal.

LAILA – RM269 (ARMANE SATIN)

Potongan moden ringan dengan warna Magenta, Grey dan Pale Blue untuk gaya yang segar dan elegan.

MEDINA – RM329 (SHIMMERING VOILE)

Potongan flowy dengan lengan reben romantik, tampil dalam Blush Peach, Purplish Gold, Olive Gold dan Burnt Orange.

Rekaan ini menggunakan fabrik ringan dan mudah digosok bagi memberi keselesaan maksimum serta kesempurnaan gaya sepanjang hari.

FESYEN BERHIJAB KEBEBASAN DIRI

Sebagai wajah utama kempen ini, Nora Danish meluahkan rasa bangga dapat mewakili jenama yang meraikan keindahan wanita berhijab tanpa meninggalkan elemen fesyen.

AMBER OASIS 2.0: MIRAGE

Berhijab bukan penghalang untuk bergaya. Apa yang penting ialah keselesaan dan keaslian diri. Koleksi Mirage in sangat dekat dengan jiwa saya kerana ia padukan kesederhanaan dengan keanggunan moden,”

-sambungnya

A SECRET BY THE DESERT

Pelancaran Amber Oasis 2.0: Mirage – A Secret by The Desert mengukuhkan kedudukan Amber sebagai jenama fesyen tempatan yang berjaya membawa rekaan elegan dan bermakna ke peringkat antarabangsa — meraikan keanggunan, kekuatan dan misteri wanita moden.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge