Sesi penyambutan intim menghubungkan pencipta baharu dengan mentor, sumber program dan komuniti Converse All Star yang lebih luas dengan ALL STAR KELAS ’26
ALL STAR KELAS ’26
Converse Malaysia secara rasmi menyambut kehadiran All Star Kelas ’26 dalam sebuah pertemuan kreatif yang santai, direka khusus untuk menghubungkan ahli baharu dengan jenama, komuniti, dan laluan sebenar bagi mencipta dan berkongsi karya yang memberi impak.

PERTEMUAN KREATIF
Acara ini menggabungkan sesi pengenalan program, perkongsian secara langsung, kehadiran media, serta penghasilan kandungan untuk memulakan tahun mereka dengan arah dan momentum yang jelas.
PROGRAM CONVERSE ALL STAR
“Program Converse All Star diwujudkan untuk memperkasakan pencipta baharu dengan akses kepada pembelajaran, kerjasama, dan peluang menghasilkan karya yang berkualiti,”

“All Star Kelas ’26 menghimpunkan bakat dari bidang ilustrasi, muzik, filem, fesyen dan skate. Tugas kami adalah untuk menyokong perkembangan mereka, memperkasakan penceritaan mereka, dan mengekalkan ruang yang selamat serta inklusif untuk kreativiti.”
-kata wakil rasmi Converse Malaysia.
SEISI ALL STAR KELAS ’26
Sesi pengenalan turut menjelaskan jangkaan program merangkumi tatakelakuan peserta, garis masa, kualiti hasil tugasan, dan ketelusan dalam penyertaan. Setiap All Star menyertai segmen perkongsian bersama dua figura kreatif tersohor:

● Jayee a.k.a MonKiddo, ilustrator dan pengarah seni yang terkenal dengan watak-watak imaginatif yang menggambarkan budaya kerja harian secara kreatif dan bersahaja.
● Dr. Kamal Sabran, artis juga penyelidik dan akademik di sebalik projek Space Gambus Experiment. Diiktiraf kerana gabungan alat muzik tradisional Malaysia dengan elemen bunyi elektronik. Serta kajiannya dalam hubungan antara seni, bunyi dan kesejahteraan.
LOVE CHUCK SKATE TOUR
Bagi meraikan komuniti dan budaya melalui movement, acara ini turut menayangkan video Love Chuck Skate Tour, sebahagian daripada kempen rantau oleh Converse. Ini yang merakam perjalanan merentasa Malaysia dan Singapura. Menonjolkan lokasi papan selaju (skateboarding) tersembunyi, komuniti tempatan dan hubungan yang terjalin sepanjang perjalanan.

SPACE GAMBUS EXPERIEMENT
Malam diteruskan dengan persembahan langsung oleh Space Gambus Experiment yang menggabungkan elemen bunyi tradisional tempatan dengan muzik elektronik moden untuk pengalaman audio yang mendalam.

PERSEMBAHAN THE EXACT
Acara diakhiri dengan persembahan kumpulan The ExAct, yang menyampaikan set muzik alternatif dan indie dengan penuh tenaga untuk para All Star dan tetamu.
“Converse percaya bahawa kreativiti berkembang melalui komuniti. Dengan menghubungkan All Star kepada mentor, rakan seangkatan (‘peers’) dan projek sebenar, kami membantu mereka menemui suara dan audiens mereka. Kami tidak sabar untuk melihat hasil karya Kelas ’26 nanti.”
-tambah wakil rasmi Converse Malaysia.

SOROTON ACARA:
● Sesi pengenalan untuk All Star Kelas 2026
● Sesi perkongsian bersama MonKiddo dan Dr. Kamal Sabra
● Tayangan perdana Love Chuck Skate Tour oleh Nizar Hashim dan Ghof
● Persembahan langsung oleh Space Gambus Experiment dan kumpulan ExAct
