MATEC 2025 UNTUK PEMINAT DAN PEMAIN INDUSTRI AUTOMOTIF, WOW!

Buat anda peminat automotif ataupun yang ingin melihat kelainan PAMERAN Automotif apa kat jom pakat ramai-ramai ke MATEC 2025 .

MATEC 2025

MARA Automotive Ecosystem (MATEC) 2025 yang dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bakal menjadi tumpuan pemain industri dan peminat-peminat dalam bidang automotif. Penganjuran kali keduanya yang akan berlangsung pada 30 Oktober hingga 2 November ini di Perkarangan Stadium Nasional, Bukit Jalil.

MATEC 2025

KOMITMEN MARA

Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, MATEC 2025 membuktikan komitmen MARA dalam menyokong dan memperkukuh usahawan bumiputera dalam memacu industri automotif yang mampan dengan membuka peluang besar di sepanjang rantaian nilai industri untuk meneroka teknologi baharu, memahami piawaian industri terkini, dan membina kerjasama strategik.

MATEC 2025

TEMA : CHARGE THE HYPE

MATEC tahun ini menampilkan tema “Charge The Hype” yang menggabungkan elemen teknologi automotif terkini, gaya hidup permotoran, modifikasi kreatif dan penglibatan Gen-Z dalam satu acara. Gabungan ini bakal menghidupkan suasana penuh tenaga, gaya dan keterujaan seperti ‘mengecas’ budaya automotif dengan semangat baharu.

EMPAT KOMPONEN

MATEC 2025 mengetengahkan empat (4) komponen meliputi pameran (B2C), Business Matching (B2B), Diagnose Hub, Experiential Wheel.

PAMERAN

Sebanyak 180 reruai pameran bakal disusun rapi mengikut segmen iaitu pengeluar kenderaan (OEM), vendor serta alat ganti kenderaan dan aksesori, Program Khas Automotif MARA, pameran dari rakan strategik dan agensi yang menyokong industri automotif.

MATEC 2025

EXPERIENTIAL

Malahan, dalam segmen experiential wheel pengunjung bakal teruja memandu uji dan merasai sendiri kehebatan teknologi pelbagai jenama kereta dan motor elektrik. Bakal menikmati pelbagai tawaran dan aktiviti menarik seperti promosi dan diskaun hebat daripada pempamer. Termasuk potongan harga servis, aksesori, dan barangan automotif.

AKTIVITI / DIAGNOSE HUB

Selain itu, pengunjung juga boleh turut serta dalam aktiviti-aktiviti permainan yang interaktif dan cabutan bertuah seperti “EV Smart Quiz”, “Push Bike Challenge”, dan “Wheel of Fortune” dengan hadiah bernilai tinggi termasuk motosikal dan barangan eksklusif MATEC.

MATEC 2025

PERSEMBAHAN ARTIS

Antara Artis yang bakal memeriahkan lagi adalah, Floor88, Black Hanafiah, Ara Johari dan bakal ada influencer Dan juga selerbriti influencer yang turut ada menjual barangan / makanan pada hari tersebut

SASARAN MATEC 2025

MATEC 2024 memperoleh pencapaian yang memberangsangkan dengan berjaya mencatat transaksi jualan bernilai RM16.6 juta, selain melaksanakan lebih 330 sesi padanan perniagaan yang memberi impak positif terhadap jaringan industri automotif bumiputera serta menarik 26,550 pengunjung,

Susulan kejayaan tersebut, Dr. Asyraf yakin MATEC 2025 mampu memperoleh transaksi jualan melebihi RM50 juta dengan penambahan lebih 70 reruai pameran berbanding tahun lepas dengan sasaran bilangan pengunjung sebanyak 50 ribu sepanjang tiga (3) hari penganjurannya.

MATEC 2025

RAKAN STRATEGIK

Penganjuran MATEC kali ini turut melibatkan kerjasama dengan pelbagai rakan industri dan agensi strategik termasuk PETRONAS, EON, Daihatsu, Little Joe, Bateriku, CelcomDigi, Mannol, PMH, serta institusi kewangan dan agensi kerajaan berkaitan seperti PUNB, MARii dan SME Corp.

Untuk rekod, melebihi 5,000 usahawan automotif bumiputera telah dibangunkan oleh MARA melalui inisiatif latihan, kemudahan pembiayaan, fasiliti perniagaan dan bimbingan strategik yang disediakan. MARA juga memainkan peranan dalam menyokong industri High Growth High Value (HGHV) dengan membangunkan usahawan EV seperti GGR Motor yang merupakan pengeluar utama motor EV negara.

INSTITUSI PENDIDIKAN TVET MARA

Selain itu, MARA telah melatih guna tenaga kerja mahir bagi memenuhi keperluan industri automotif negara melalui institusi pendidikan TVET MARA.

MATEC 2025 bersedia untuk memainkan peranan penting dalam industri automoti Malaysia dengan meningkatkan penglibatan usahawan bumiputera dalam industr mempromosikan pertumbuhan industri, menyokong inisiatif kelestarian da memupuk pembangunan bakat seterusnya.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge