Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Konsep MBO AVANT-GARDE Di Atria Shopping Gallery DiBuka|Cawangan terbaru dengan panggung khas menjanjikan keselesaan dan pengalaman sinematik yang menarik dan tidak dapat dilupakan khas buat komuniti Petaling Jaya. Salah satu rangkaian pawagam kegemaran di Malaysia, konsep MBO AVANT-GARDE membawa pengalaman menarik bagi pencinta filem di Petaling Jaya dengan pelancaran cawangan terbaru di Atria Shopping Gallery.


“Dengan pelancaran MBO Atria, kami mahu komuniti setempat dan juga pelawat-pelawat baru untuk merasai perspektif berbeza ketika pergi ke pawagam. Para penonton dijamin akan merasa teruja dengan pengalaman sinematik yang berteknologi canggih, sehinggakan mereka terlupa yang mereka sedang berada di dalam panggung wayang.“Pada waktu dan hari ini, kami percaya bahawa pengunjung panggung wayang berhak mendapat yang terbaik ketika berkunjung ke pawagam. Oleh disebabkan itu, kami mengambil perhatian serius dengan melengkapkan dewan pawagam kami dengan bunyian dan unjuran yang terbaik bagi kepuasan menonton maksima. Kami turut memperkenalkan tawaran terbaru di luar dewan layar perak untuk menjadikan pengalaman sinematik pelanggan kami di MBO Atria menyenangkan dengan konsep terbaru MBO AVANT-GARDE,”





Panggung yang berkonsepkan “avant-garde” ini juga turut dilengkapi dengan sistem bunyi Dolby Atmos yang berteknologi unggul yang membawa penonton masuk ke dalam cerita dengan audio bergerak yang mengisi ruang pawagam dan mengisi setiap ruang sekitar mereka – malah di atas kepala – untuk menyampaikan bunyian hiburan yang berkualiti premium.



