Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


“Semenjak 85 tahun, PURINA berpegang teguh pada kepercayaan bahawa haiwan peliharaan dan tuan mereka melengkapi satu sama lain. Ini telah memberi inspirasi kepada kami untuk terus menambah baik pemakanan haiwan peliharaan dan hari ini kami dengan bangganya melancarkan tiga inovasi baru iaitu PURINA ONE, Fancy Feast dan Felix sebagai sebahagian daripada kempen Make a PAWSitive Difference – (Lakukan Perubahan Positif ).Inovasi ini dibuat dengan mengambil kira nutrisi haiwan peliharaan anda. Ianya mengandungi ramuan berkualiti dan sewajarnya yang diperlukan oleh haiwan peliharan anda untuk kekal sihat dan aktif”


“Memahami bahawa kucing menggemari pelbagai makanan tekstur yang berperisa lazat, Fancy Feast Dry Gourmet Food kini boleh didapati dalam bungkusan lebih besar. Ada juga pelbagai pilihan Makanan Basah dimana melengkapkan kuliner makanan yang digemari oleh kucing. Ini terbukti apabila Fancy Feast menjadi pilihan kucing selebriti Malaysia iaitu Bujibu Chempel. Makanan basah Felix baru dibuat berlandaskan resipi Jepun. Ia mengandungi ketulan daging panggang dalam jeli perang keemasaan dan bau yang menambah selera”
Felix boleh didapati dalam enam jenis iaitu Tuna untuk kucing dewasa dan anak kucing pula pilihan Salmon, Ayam. Makerel,Sardin mahupun Tuna. Selain daripada itu,semua produk makanan kucing PURINA disahkan ‘SUCI BERSIH ’. Ini bermakna semua ramuan yang digunakan mematuhi Undang -Undang Syariah. Logo yang dipaparkan pada bungkusan telah diluluskan oleh Islamic Food Research Centre (Hong Kong) Co. Ltd , ahli Majlis Halal Dunia.
“Pada zaman sekarang kita sering dihujani pelbagai maklumat dalam talian mahupun luar talian. Hampir mustahil untuk kita mengetahui maklumat betul yang patut kita ikuti. Oleh itu kami teruja dengan kehadiran Dr Hasliza dan Johan bersama kami. Untuk memberi nasihat dan menceritakan pengalaman mereka kepada pemilik haiwan peliharaan untuk membantu mereka lebih memahami tentang keperluan haiwan peliharaan masing- masing dan membawa perubahan PAWsitif dalam peliharaan”



