Skip to content

Recent Posts

  • RASYID IKATAN TERLARANG JADI HERO PENONTON | ALIF HADI KONGSI PLOT TWIST
  • AMWAY MALAYSIA CELEBRATES 50 YEARS OF EMPOWERING HEALTH, WELLNES & ENTREPRENEURSHIP!
  • OMODA | JAECOO MALAYSIA, TEMPAHAN JAECOO J5 EV KINI RASMI DIBUKA!
  • WORLD’S FIRST CERTIFIED STINGLESS BEE HONEY LAUNCH!
  • HIJJAZ KEMBALI MENGUBAT RINDU PEMINAT, TERBAIK!

Most Used Categories

  • EVENT (1,070)
  • MUSIC (620)
  • FOOD (504)
  • PRODUCT (458)
  • MOVIE/TEATER (343)
  • GADJET (329)
  • TERKINI (434)
  • ENTERTAINMENT (338)
  • BUSINESS (176)
  • TRAVEL (126)
Skip to content

LIFESTYLE | EVENT| TRAVEL | FOOD | ENTERTAIMENT | REVIEW

Subscribe
  • TERKINI
    • NEWS
    • EVENT
  • BUSINESS
    • PROSPEKTUS
  • AUTOMOBILE
    • MOTOKAR
    • MOTORBIKE
  • ENTERTAINMENT
    • KONSERT
    • MUSIC
    • DRAMA TV
    • MOVIE/TEATER
    • PROGRAM TV
    • TELEFILEM
  • GADJET
    • SAMSUNG
    • HUAWEI
  • LIFESTYLE
    • FOOD
    • FESYEN
    • BEAUTY
    • PRODUCT
    • TIPS
    • MASAK MASAK
    • TRAVEL
  • SUKAN
  • Home
  • PRODUCT
  • Pengisar Koleksi Viva Philips Menjadikan Mengisar Keseronokan Buat Anak Anda

Pengisar Koleksi Viva Philips Menjadikan Mengisar Keseronokan Buat Anak Anda

Nannie IsaJuly 18, 2018July 17, 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pengisar Koleksi Viva Philips Menjadikan Mengisar Keseronokan Buat Anak Anda | Dengan cuaca panas tropika Malaysia, minuman sejuk sentiasa menjadi pilihan. Daripada usia muda, anak-anak kita sudah biasa mendapatkan kelegaan apabila menikmati minuman sejuk bila cuaca panas terik. Walaupun biasanya mereka akan meminum air kordial sejuk atau jus yang dikilang, ada yang risau akan kandungan gula dalam minuman berkenaan, dengan pakar nutrisi menyarankan kanak-kanak mengurangkan pengambilan air manis seperti itu.

Untuk meraih keseimbangan lebih baik antara rasa sejuk yang menyegarkan dan nutrisi, smoothie beku lazat boleh menjadi pilihan yang tepat. Anda mungkin merasakan smoothie beku sukar disediakan di rumah, jadi anda pasti akan rasa gembira dengan pengisar semua-dalam-satu yang secara efisyen mengadun kesemua bahan dan menghancurkan ais dengan cepat untuk menghasilkan smoothie beku sempurna tanpa memakan masa lama, dan anda dapat mengawal sepenuhnya kesemua bahan yang digunakan.

“Tugas menyiapkan makanan boleh dijadikan sesi menggembirakan bagi ibu bapa untuk membina ikatan dengan anak, selain mengajar mereka mengenai nutrisi dan melatih mereka supaya cekap di dapur – pastinya kemahiran hidup yang berguna. Tugasan dapur rutin seperti mengisar bahan boleh menjadi sesi menyeronokkan bila anda mempunyai alat hebat untuk digunakan. Dengan Pengisar Koleksi Viva Philips, anda boleh jadi kreatif dan berseronok bila membuat smoothie sihat dan menyegarkan. Balangnya yang berjenis Duravita Tritan amat tahan lasak dan kalis pecah membebaskan anda daripada sebarang kegusaran meskipun ketika anak sedang membantu. Tidak perlu takut jika perlu menggantikan balang pengisar dengan yang baru jika ianya terjatuh,”

-Encik Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Negara Philips Malaysia.

Memecah bahan keras dalam balang pengisar tahan lama

Pengisar Koleksi Viva Philips HR2157/91 diperhebatkan dengan bilah pisau yang menggunakan teknologi ProBlend 5, yang membolehkan anda menghancurkan ais 20% lebih cepat berbanding pengisar lain. Ini bermakna anda tidak lagi perlu menggunakan teknik memecah yang sukar seperti menukul atau mengetuk untuk memecahkan blok ais. Lebih baik lagi, pengisar ini hadir dengan balang Duravita Tritan, diperbuat daripada copolyester yang menambah kekuatan, versatiliti dan fleksibiliti pada balang itu. Dengan elemen tambahan ini, balang pengisar ini adalah kalis pecah dan takkan berbau atau ada kesan kotor, menjadikannya mudah dicuci dan tampak seperti baru setiap kali dibersihkan. Ia 

juga tahan tekanan dan halaju bila bahan padu seperti ais dan sayuran atau buahan jenis keras dikisar.

 

Dengan semua ciri-ciri ini, anda tidak perlu mengisar bahan lain berasingan daripada ais untuk membuat smoothie beku yang diidamkan. Melakukan kesemuanya dalam satu alat mempercepatkan tugasan dan membolehkan anda menikmati smoothie beku anda dengan lebih mudah dan cepat. Contohnya, jika anda mahu membuat smoothie beku buah menggunakan pisang dan strawberi, anda hanya perlu mencampurkan buah itu dengan sedikit susu, yogurt dan madu sebagai perasa, kisarnya bersama-sama menggunakan Pengisar Koleksi Viva Philips HR2157/91. Kemudian, tambahkan ais yang akan dihancurkan dalam beberapa saat sahaja, dan smoothie beku anda sedia dihidang.

Mulakan kembara #PhilipsPerfectBlend anda dengan Philips dan ubahkan dapur anda menjadi “tempat permainan” bagi pembelajaran sementara anda dan anak anda bergembira semasa menyediakan makanan dalam cara yang selamat, mudah dan menyeronokkan!

Harga dan ketersediaan

Pengisar Koleksi Viva Philips dengan balang Duravita Tritan (HR2157/91) boleh dibeli pada harga RM376 di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery dan Wangsa Walk Mall, kedua-duanya di Kuala Lumpur, dan di Sutera Mall, Johor Bahru; di Philips Experience Store di Menara Axis, Petaling Jaya; di kedai rakan runcit dan pengedar seluruh negara, dan dalam talian melalui Philips Online Shop di http://www.shop.philips.com.my/.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk Philips, sila layari

Website Philips : www.philips.com.my.



Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Duravita Tritan, Pengisar Koleksi Viva Philips, Philips

Post navigation

Previous: Ocean Park Hong Kong Summer Carnimal Kembali Hingga 2 September 2018
Next: Log Pahlawan Simbolik Hargai Jasa Pahlawan Negara di TV1

Related Posts

SELGATE SPECIALIST HOSPITAL RAWANG

SELGATE SPECIALIST HOSPITAL RAWANG: PENJAGAAN KESIHATAN KUALITI TINGGI

October 28, 2025October 28, 2025 Nannie Isa
SAMSUNG OLED

WHY YOUR SAMSUNG OLED NEEDS A Q-SERIES SOUNDBAR!

September 12, 2025May 9, 2026 Nannie Isa
RICOH GR IV

RICOH GR IV KINI DILANCARKAN, AMAZING!

September 12, 2025September 12, 2025 Nannie Isa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CONTACT ME

For any collaboration or invitations can contact at kitepunye2018@gmail.com

YOUTUBE KITEPUNYE

Subscribe

ⒸNannie Isa | KITEPUNYE DOT COM [003016049-T] |

Copyright All Rights Reserved | Theme: BlockWP by Candid Themes.
Manage Consent
To provide the best experiences, we use technologies like cookies to store and/or access device information. Consenting to these technologies will allow us to process data such as browsing behavior or unique IDs on this site. Not consenting or withdrawing consent, may adversely affect certain features and functions.
Functional Always active
The technical storage or access is strictly necessary for the legitimate purpose of enabling the use of a specific service explicitly requested by the subscriber or user, or for the sole purpose of carrying out the transmission of a communication over an electronic communications network.
Preferences
The technical storage or access is necessary for the legitimate purpose of storing preferences that are not requested by the subscriber or user.
Statistics
The technical storage or access that is used exclusively for statistical purposes. The technical storage or access that is used exclusively for anonymous statistical purposes. Without a subpoena, voluntary compliance on the part of your Internet Service Provider, or additional records from a third party, information stored or retrieved for this purpose alone cannot usually be used to identify you.
Marketing
The technical storage or access is required to create user profiles to send advertising, or to track the user on a website or across several websites for similar marketing purposes.
  • Manage options
  • Manage services
  • Manage {vendor_count} vendors
  • Read more about these purposes
View preferences
  • {title}
  • {title}
  • {title}