Skip to content

Recent Posts

  • RASYID IKATAN TERLARANG JADI HERO PENONTON | ALIF HADI KONGSI PLOT TWIST
  • AMWAY MALAYSIA CELEBRATES 50 YEARS OF EMPOWERING HEALTH, WELLNES & ENTREPRENEURSHIP!
  • OMODA | JAECOO MALAYSIA, TEMPAHAN JAECOO J5 EV KINI RASMI DIBUKA!
  • WORLD’S FIRST CERTIFIED STINGLESS BEE HONEY LAUNCH!
  • HIJJAZ KEMBALI MENGUBAT RINDU PEMINAT, TERBAIK!

Most Used Categories

  • EVENT (1,070)
  • MUSIC (620)
  • FOOD (504)
  • PRODUCT (458)
  • MOVIE/TEATER (343)
  • GADJET (329)
  • TERKINI (434)
  • ENTERTAINMENT (338)
  • BUSINESS (176)
  • TRAVEL (126)
Skip to content

LIFESTYLE | EVENT| TRAVEL | FOOD | ENTERTAIMENT | REVIEW

Subscribe
  • TERKINI
    • NEWS
    • EVENT
  • BUSINESS
    • PROSPEKTUS
  • AUTOMOBILE
    • MOTOKAR
    • MOTORBIKE
  • ENTERTAINMENT
    • KONSERT
    • MUSIC
    • DRAMA TV
    • MOVIE/TEATER
    • PROGRAM TV
    • TELEFILEM
  • GADJET
    • SAMSUNG
    • HUAWEI
  • LIFESTYLE
    • FOOD
    • FESYEN
    • BEAUTY
    • PRODUCT
    • TIPS
    • MASAK MASAK
    • TRAVEL
  • SUKAN
  • Home
  • EVENT
  • Rasa Coca-Cola Stevia Di Pameran ‘Cabaran Rasa’ Coca-Cola

Rasa Coca-Cola Stevia Di Pameran ‘Cabaran Rasa’ Coca-Cola

Nannie IsaApril 4, 2018April 4, 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Rasa Coca-Cola Stevia Di Pameran ‘Cabaran Rasa’ Coca-Cola |Coca-Cola Stevia, pilihan kurang gula dimaniskan dengan sumber-sumber semula jadi adalah tambahan terkini kepada rangkaian Coca-Cola yang setakat ini merangkumi Coca-Cola Classic, Light, Zero Sugar, dan Vanilla. Coca-Cola Stevia yang boleh didapati di seluruh negara memberikan kehebatan rasa Coca-Cola Classic tetapi dengan 35% kurang gula, dihasilkan dengan kombinasi gula dan kemanisan ekstrak semulajadi Stevia.

Untuk menekankan kehebatan rasa yang sama dengan Coca-Cola Classic, Coca-Cola menjemput rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam ‘Cabaran Rasa’ Coca-Cola di dua pameran di Lembah Klang. Di Mesin Cabaran Rasa ini, orang ramai akan diberikan satu cawan yang diisi dengan Coca-Cola Classic atau Stevia. Selepas mencubanya, mereka akan merasai kehebatan yang sama seperti Coca-Cola Classic, minuman ringan yang paling popular dan paling laris dalam sejarah dengan kehebatan rasa Coca-Cola sejak 1886 atau Coca-Cola Stevia, untuk pengguna yang ingin menikmati kehebatan rasa Coca-Cola tetapi kurang gula dan dengan kemanisan dari sumber-sumber semula jadi.

Selain Cabaran Rasa, orang ramai juga akan dapat mengenali sumber kemanisan semula jadi Coca-Cola Stevia dengan melihat sendiri pokok stevia di Pondok Pengalaman Stevia, malah mencuba rasa daun pokok stevia. Untuk melengkapkan pengalaman tersebut, mereka boleh mengambil swafoto bersama pokok stevia dan mencetak gambar dengan segera menggunakan telefon pintar mereka dan pencetak yang disediakan.

“Kami tahu pengguna inginkan lebih pilihan dan memandangkan populariti stevia sebagai pemanis semakin meningkat di peringkat tempatan dan global, Coca-Cola Stevia menjadi inovasi terkini kami yang memberikan pengguna pilihan kurang gula dengan kehebatan rasa yang sama dengan Coca-Cola Classic. Setakat ini, 3 daripada 5 produk Coca-Cola diiktiraf dengan Logo Pilihan Lebih Sihat (Healthier Choice Logo, HCL) termasuklah Coca-Cola Stevia, yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan (MOH) sebagai pilihan kurang gula untuk pengguna di bawah kategori minuman berkarbonat. Kami sedang berusaha memastikan pilihan kurang gula dan tanpa gula ini mudah didapati di seluruh negara,”

kata Ahmed Yehia, Pengurus Negara Malaysia, Singapura dan Brunei, The Coca-Cola Company.

“Stevia ialah pemanis tanpa kalori yang dihasilkan dari daun pokok Stevia. Ia digunakan dengan kombinasi gula atau pemanis-pemanis lain dalam pelbagai makanan dan minuman untuk memberikan pengguna pilihan rendah kalori atau kurang kalori dan kami gembira kerana dapat menawarkan pilihan ini kepada rakyat Malaysia dengan Coca-Cola Stevia,”

kata Finaswani Mohamed Zin, Ketua Hal Ehwal Umum dan Komunikasi di Coca-Cola Bottlers Malaysia.

Dua pameran tersebut akan diadakan di pusat-pusat membeli-belah berikut dengan promosi-promosi menarik sepanjang tempoh pameran:

Centre Court, Ground Floor Mid Valley Megamall dari Khamis 29 Mac hingga Ahad 1 April

  • Beli 1 x Coca-Cola Stevia 320mL pada hanya RM 1
  • Nota: Hanya untuk pembelian dari 29 Mac – 1 Apr (KHAMIS – AHAD) di AEON BIG Mid Valley Megamall dan kaunter promosi Cabaran Rasa yang terletak di Centre Court, Ground Floor Mid Valley Megamall

Old Wing Concourse Area, One Utama Shopping Centre dari Rabu 18 April hingga Ahad 22 April

  • Beli 4 x Coca-Cola Stevia 320mL pada hanya RM4
  • Beli 1 x Coca-Cola Stevia 500mL botol PET pada hanya RM1.80
  • Nota: Hanya untuk pembelian dari 18 Apr – 22 Apr (RABU – AHAD) di AEON One Utama dan kaunter promosi Cabaran Rasa yang terletak di One Utama Old Wing Concourse.

Untuk maklumat lanjut layari

Coca-Cola Journey di www.coca-colacompany.com,

Blog Coca-Cola Unbottled, di www.coca-colablog.com


Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Coca-Cola Bottlers Malaysia, Coca-Cola Stevia, Stevia, The Coca-Cola Company

Post navigation

Previous: Botaneco Garden Trio Oil Penjagaan Rambut Terbaru Dari Guardian
Next: CJ WOW SHOP Raikan Ulang Tahun Kedua Dengan Ganjaran Yang Hebat

Related Posts

Pembelian tiket boleh dibuat melalui Ticket2U For You Nourul.

FOR YOU NOURUL DI ZEPP KL JANJI KEJUTAN, LAGU IKONIK BERI NAFAS BARU

May 13, 2026May 13, 2026 Nannie Isa
SELGATE SPECIALIST HOSPITAL RAWANG

SELGATE SPECIALIST HOSPITAL RAWANG: PENJAGAAN KESIHATAN KUALITI TINGGI

October 28, 2025October 28, 2025 Nannie Isa
SAMSUNG OLED

WHY YOUR SAMSUNG OLED NEEDS A Q-SERIES SOUNDBAR!

September 12, 2025May 9, 2026 Nannie Isa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CONTACT ME

For any collaboration or invitations can contact at kitepunye2018@gmail.com

YOUTUBE KITEPUNYE

Subscribe

ⒸNannie Isa | KITEPUNYE DOT COM [003016049-T] |

Copyright All Rights Reserved | Theme: BlockWP by Candid Themes.
Manage Consent
To provide the best experiences, we use technologies like cookies to store and/or access device information. Consenting to these technologies will allow us to process data such as browsing behavior or unique IDs on this site. Not consenting or withdrawing consent, may adversely affect certain features and functions.
Functional Always active
The technical storage or access is strictly necessary for the legitimate purpose of enabling the use of a specific service explicitly requested by the subscriber or user, or for the sole purpose of carrying out the transmission of a communication over an electronic communications network.
Preferences
The technical storage or access is necessary for the legitimate purpose of storing preferences that are not requested by the subscriber or user.
Statistics
The technical storage or access that is used exclusively for statistical purposes. The technical storage or access that is used exclusively for anonymous statistical purposes. Without a subpoena, voluntary compliance on the part of your Internet Service Provider, or additional records from a third party, information stored or retrieved for this purpose alone cannot usually be used to identify you.
Marketing
The technical storage or access is required to create user profiles to send advertising, or to track the user on a website or across several websites for similar marketing purposes.
  • Manage options
  • Manage services
  • Manage {vendor_count} vendors
  • Read more about these purposes
View preferences
  • {title}
  • {title}
  • {title}