Samsung Galaxy S9 dan S9+ Meriah Dengan Kehadiran Park BoGum
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Samsung Galaxy S9 dan S9+ Meriah Dengan Kehadiran Park BoGum |Samsung terus menginovasikan dan mentakrifkan semula batasan teknologi, dan membawakan cara baru untuk rakyat Malaysia mengecapi kehidupan. Produk utama ini telah mendapat sambutan baik seluruh dunia dan menerima lebih 30 anugerah di Mobile World Congress 2018 baru-baru ini, termasuklah “Best New Connected Device” dan ” Best Mobile VR or AR”
Berkata sewaktu pelancaran Samsung Galaxy S9 dan S9+ : KM Liew, Ketua Perniagaan Teknologi Maklumat (IT) dan Mudah Alih, Samsung Malaysia Electronics
“Galaxy S9 dan S9+ kini tiba dengan ciri AR Emoji baru serta kamera yang mempunyai fungsi Super Slow-mo dan Super Low Light. Ciri-ciri ini mampu membantu pengguna mendalami suatu pengalaman komunikasi secara visual yang luar biasa, disesuaikan untuk setiap pengguna mengikut keunikan individu masing-masing. Untuk mereka yang percaya akan satu gambar melambangkan seribu kata, Galaxy S9 dan S9+ merupakan pilihan yang tepat.” .
“Galaxy S9 dan S9+ diilhamkan berdasarkan cara komunikasi masa kini di dalam Iaman sosial. Cara-cara untuk mengekspresi diri telah berubah dan komunikasi melalui teks di kalangan pengguna semakin berkurangan. Sebaliknya, pengguna lebih gemar menggunakan imej, video dan emoji untuk berinteraksi. Samsung sememangnya sentiasa menjadi perintis dalam fotografi telefon pintar yang hebat. Namun sebagai syarikat teknologi yang dikenali dengan melangkaui batasan serta komited terhadap permintaan pengguna, kami telah membawa teknologi Galaxy S9 dan S9+ ke peringkat seterusnya dengan memperbaharui reka bentuk dan mempertingkatkan kameranya,”






