Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

911 Reunion Konsert Memilih Malaysia Destinasi Pertama|Band pop Britain 911 kembali ke Kuala Lumpur selepas hampir 20 tahun untuk konsert comeback mereka yang bertajuk The Reunion. Ahli kumpulan mereka iaitu Lee Brennan, Simon ‘Spike’ Dawbarn dan Jimmy Constable bakal beraksi di pentas Quill Convention Center Kuala Lumpur pada 22 June. Sebagai pembukaan konsert, bakal diserikan dengan penyanyi Andreah dan juga DJ Nesh.

Sebelum ini, 911 pernah ke Malaysia pada tahun 2000 untuk menghiburkan para peminatnya disini. Semestinya mereka teruja untuk singgah ke tempat-tempat yang pernah menjadi tumpuan dalam perjalanan mereka pada tahun 2000. Antara lokasi atau tempat yang ingin dilawati adalah Sunway Pyramid, Sungei Wang Plaza, KL Tower dan tidak lupa juga Twin Towers KLCC.

“Kami mempunyai banyak kenangan dari lawatan kami di Malaysia sewaktu lawatan terakhir kami pada tahun 2000. Kami tidak sabar-sabar untuk melawat beberapa tempat di mana kami bertemu dengan para peminat serta melihat beberapa tarikan tempatan yang terbaru sewaktu berada di KL untuk 911 Reunion Konsert.

Pasti banyak yang berubah di bandar sejak 19 tahun yang lalu kali terakhir kami ke sini. Kami ingin menghabiskan beberapa hari untuk meneroka pemandangan dan kecantikan di  Kuala Lumpur sebelum pulang selepas 911 Reunion Konsert

-kata Lee Brennan.

Semenjak jualan tiket dibuka pada 18 April 2019, semua tiket (100%) di jual habis dibeli oleh peminat 911. Tiket berharga RM98, RM158, RM258 dan RM398. Terdapat juga pakej VIP yang terhad dengan harga RM 598 dimana pemegang tiket VIP dapat berjumpa dalam ‘Meet and Greet eksklusif dengan 911’ selepas konsert malam nanti.

Antara lagu yang bakal dipersembahkan oleh kumpulan UK band ini adalah Don’t Make Me Wait, Bodyshakin’, The Day We Find Love, A Little Bit More, Party People, Private Number dan lain-lain lagu lagi. Ini adalah lagu yang berada di tempat teratas dalam ‘chart’.

Konsert bakal dimulakan dengan 2 persembahan khas sebelum 911 mengambil-alih. Kali pertama di Malaysia, Andreah iaitu penyanyi british Britain dan juga penulis lirik bakal membuat persembahan. Selain itu artis malaysia tempatan, DJ Nesh bakal menunjukkan bakat yang ada.

Pasti anda kenal dengan gelaran ‘kingpin of Kuala Lumpur’ hip hop DJs bakal beraksi pada hari Sabtu nanti. Dengan lebih dari 20 tahun pengalaman muzik DJ Nesh bakal menghiburkan anda dengan koleksi lagu yang ada untuk memeriahkan 911 Reunion Konsert.



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge