5 SEBAB GUNA CAKNA UNTUK RENEW TAKAFUL & ROADTAX



CAKNA

5 SEBAB GUNA CAKNA UNTUK RENEW TAKAFUL & ROADTAX | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pernah tak anda di tanya soalan seperti begini . “Insurans ada ke ? Roadtax hidup tak?” . Soalan ini akan ditanya terutama sekali bila anda mengalami kemalangan atau kecelakaan.

Ataupun pernah tak anda nyaris terlupa atau terlupa untuk renew roadtax anda? Bila nak keluar baru perasaan rupanya dah ‘expired’. Nak renew pula kewangan tak mencukupi, kena tunggu gaji. KP ada solusi untuk anda yang suka rancang kewangan anda terutama dalam renew roadtax dan insurans kenderaan.

CAKNA

CAKNA.MY adalah salah satu platform untuk anda memperbaharui takaful mahupun roadtax[cukai jalan]. CAKNA dibangunkan oleh CMA Solutions Sdn Bhd dengan sokongan dan kerjasama Coshare Holdings Berhad.

Coshare Holdings Berhad adalah salah satu agensi pemotongan gaji yang diiktiraf oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

INSURANS DAN ROADTAX [CUKAI JALAN]

Menjadi kewajipan untuk tahu bila tarikh luput insurans mahupun roadtax. Kalau roadtax mati tak dapat nak bawa kenderaan, silap silap boleh kena saman. Manakala insurans pula penting seandainya ada kemalangan atau kecelakaan terjadi. Ini adalah antara soalan penting yang akan ditanya.

Ada yang suka renew ‘last minute’. Yang renew 2 minggu sebelum pun ada. Tunggu gaji keluar dulu pun ada ye baru renew. Yang afdal sebenarnya renew 2 bulan sebelum tarikh luput. Pasti ada yang bertanya apa kelebihan CAKNA dalam membantu untuk memperbaharui insurans mahupun roadtax? Ini sebabnya!

5 SEBAB CAKNA.MY JADI PILIHAN

  • Skim Qard UL Hassan – Konsep Qard UL Hassan ini adalah pembiayaan patuh syariah tanpa “interest” dan “bebas riba’.
  • Bayaran Penuh – Anda boleh memilih untuk membayar penuh insuran dan cukai jalan.
  • Potongan gaji – Anda boleh memilih untuk membuat bayaran melalui potongan gaji. Tempoh potongan adalah selama 12 bulan
  • Tanpa Faedah – Boleh buat potongan gaji dan pembayaran tanpa faedah pula. Ini termasuk roadtax mahupun insurans. Semua proses pembayaran diberkati tanpa was-was
  • Towing Kereta PERCUMA – Wajib ada ye! Kalau takde jangan renew hahaa. Dengan CAKNA kemudahan ini adalah PERCUMA untuk jarak dalam 50km. Lebih dari tu kena bayar ye. [Rujuk T&C]

CAKNA sedikit sebanyak dapat membantu dalam meringkan beban pada mereka yang memerlukan terutama musim pandemik ini apabila menyediakan pilihan untuk potongan gaji.

MACAM MANA NAK RENEW?

Senang saja dimana semuanya di hujung jari. Asalkan ada akses internet. Kemudahan peranti seperti telefon bimbit mahupun laptop atau ipad dah boleh. Cara untuk renew;

  • Dapatkan Sebut Harga – Di galakkan untuk dapatkan sebut harga, cukai jalan 2 bulan sebelum tamat tempoh. 
  • Harga Pakej Takaful
  • Klik masuk di portal CAKNA.MY
  • Pilih kaedah pembayaran

**3 jenis pembayaran iaitu Potongan Gaji Kakitangan Kerajaan, Potongan Gaji Syarikat Swasta dan Perbankan Online Secara Langsung)

Potongan Gaji Kakitangan Kerajaan

Potongan Gaji Syarikat Swasta

Perbankan Online Secara Langsung

SIAPA LAYAK MEMOHON

Semestinya anda mestilah berkerja. Sama ada kakitangan

  • Kerajaan
  • Syarikat Swasta
  • GLC

*Jika anda memilih untuk membuat potongan gaji bagi kakitangan GLC, anda perlu mendaftar dengan Coshare Holding Berhad. Coshare tidak menggunakan POTONGAN BIRO ANGKASA tetapi potongan melalui COSHARE (Pemilik Kod Potongan Gaji Kakitangan Awam). Coshare bukanlah Koperasi dan tiada yuran keahlian.

Nak tahu lebih lanjut cara pendaftaran baru boleh tonton video ini

Cepat kan! Seawal 48 jam E-covernote akan dipaparkan, yang penting tanpa faedah 100%! Jadi cepat daftar CAKNA sekarang! Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut layari

Website| Facebook| Instagram | Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Related Post