Yeo’s Yeogurt Oats Overnight Untuk Sarapan Berkhasiat Anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Yeo’s Yeogurt Oats Overnight Untuk Sarapan Berkhasiat Anda|Tahukah anda apa kelebihan Yeo’s Yeogurt?

Yeo’s Yeogurt mengandungi khasiat yang diperlukan dimana ianya kaya dengan khasiat susu dan asid latik. Mempunyai packaging yang simple, menarik dan on the go menyenangkan semua untuk di bawa ke mana-mana terutama didalam beg. Ia juga dapat membantu dalam proses penghadaman.KP biasa mengambilnya jika mengalami masalah sembelit. Dapat membantu dan menyelesaikan masalah

Perisa Yeo’s Yeogurt
Tahukah anda Yeo’s Yeogurt bukan hanya ada satu perisa tetapi ada 6 perisa ya. Anda boleh nikmatinya 2 cara antara sejuk mahupun panas. Kalau yg berperisa pastinya sejuk lagi sedap . Antaranya

Image result for yeos yogurt


Mangga
Laici
Anggur
Epal Hijau
Oren
Asli (original)

Memandangkan cuti sekolah, jadi KP membuat resipi senang dan pastinya sedap untuk dinikmati oleh irfan . Biasa kita lihat rata-rata akan membuat smoothie dari yogurt bukan. Ada juga yang menggunakan dalam masakan untuk menggantikan santan jika memasak seperti resipi gulai atau kari.

Yeo’s Yeogurt Oats Overnight

Bahan-bahan adalah 
Yeo’s Yeogurt Anggur ( 1/2 kotak) – bergantung pada bekas yang digunakan
3 sudu Oats atau museli 
3 sudu Yogurt (berperisa/original)
Sedikit kacang almond (dicincang halus)
Sedikit kuaci (dikopek siap)
Buah anggur (5-6 biji di hiris halus)
Sedikit chia seed

bekas atau botol comel untuk diletakkan

Senang sahaja untuk dibuat

Masukkan Oats atau museli didalam bekas/botol

Masukkan kacang almond, kuaci dan buah anggur 

Kacang almond

Masukkan hirisan buah anggur


Ratakan didalam bekas

Masukkan Yogurt ke dalam bekas tadi

Tuangkan 1/2 Yeo’s Yogurt perisa anggur kedalam bekas
Jangan lupa masukkan Chia Seed

Tutup dengan kemas dan goncang agar oat , yogurt dan bahan-bahan  didalamnya sebati dicampuri. Jangan guna sudu untuk mengacau kerana nanti buah anggur yang di hiris rosak.

 Simpan didalam peti sejuk semalam dan boleh nikmati pada esok pagi

Menu ini boleh ditambah bahan atau ditukar bahannya mengikut selera anda. Inginkan kesihatan yang sempurna tak salah mencuba bukan? Semua yang diletakkandidalam bekas ini adalah makanan yang sihat. Amalkan setiap pagi insyallah ada penurunan dalam berat badan

Lagipun Yeo’s Yeogurt bukan sahaja dinikmati begitu sahaja tetapi dapat membantu  mereka yang inginkan pemakanan sihat.Tiada lagi istilah hanya minuman sahaja Tetapi boleh dijadikan sebagai salah satu hidangan dan bahan utama dalam hidangan

Pastinya yang terbaik hanya dari Yeo’s Yeogurt

 



1 thought on “Yeo’s Yeogurt Oats Overnight Untuk Sarapan Berkhasiat Anda”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge