X-Mini WE Thumb-Sized Speaker

X-Mini WE Thumb-Sized Speaker

“Size doesn’t matter, great sound just got smaller”

Thumb-sized speaker

Semestinya teramat teruja bila mendengar lagu dari handphone tak kira di mana jua lokasi sewaktu itu. Seronok lagi bila mendengar lagu pujaan hati sambil menyanyi. Seperti kitepunye, kitepunye ada download and subscribe untuk Spotify application. Jadi melalui Spotify dapat mendengar lagu pilihan di mana sahaja. Tapi bila diberi peluang untuk me- review mini speaker, yang terlintas di fikiran boleh ke bunyinya kuat? Tak pecah ke nanti suara atau bunyinya?. (Sila abaikan background itu)

image

orang tua pernah berkata”kecil-kecil cili padi”. Inilah yang membuat kitepunye teruja kerana disangkanya WE Thumb-sized Speaker tak kuat tapi salah rupanya. Dari segi rekabentuk memang nampak kecil. Macam tak percaya saja, bunyinya seperti kita dengar dari desktop. Tapi sebenarnya laginhebat dan superb. Bunyi memang paling best dan untungnya boleh diguna di handphone. Buka YouTube melalui handphone mahupun Spotify dah boleh dengar dengan syarat plug ke x mini speaker. Memang satu kepuasaan.

Spotify

image

X-mini WE Thumb-Size speaker memang comel dan cute yang berwarna hitam. Boleh di bawa ke mana-mana, boleh di letak dalam poket seluar juga especially for abang abang yang kacak lagi handsome. Untuk kitepunye pula boleh sahaja di simpan dan di bawa dalam beg tangan. Dengan 3 warna  iati biru, pink dan hitam memang amat sesuai untuk penggemar gadjet mencuba untuk kepuasan diri, di improvasi ataupun untuk koleksi sendiri

image

 

Spefikasi X-Mini WE Thumb-Sized Speaker

Biru untuk memberitahu yang bateri speaker penuh atau full charge.Biru redup pula menandakan bateri semakin kurang dan terakhir merah perlu di caj dengan segera. Mudah dan cukup senang jua untuk di ingati. Bateri voltage ialah 5v (USB) dan masa untuk di caj lebih kurang 1jam 30 min dan mempunyai kapasiti 230mAh. Selain ini, beratnya ialah 48g dan berdimensi 48mmX40mm.Speaker pula 31mm dan loudspeaker output 1.5W. Setakat yang kitepunye guna selama 3 hari ini, baru sekali sahaja yang kitepunye caj tambahan selepas yang 8jam caj sebelum boleh menggunakanya.

image

Pasti untuk cuti sekolah yang akan datang, WE thumb sized adalah gadjet wajib di bawa selain handphone atau camera. Rugi tak bawa dah mudah, ringan dan comel. Harga speaker ini dalam Rm100-Rm180. Berbaloi untuk readers yang senantiasa dengar muzik setiap masa.

image

untuk penerangan lanjut sila layari

Facebook : x-mini

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top