Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

‘Westlife The Twenty Tour’ Kembali Dengan Penuh Kejutan|Westlife -kumpulan boyband dari Ireland kembali ke Malaysia dengan ‘Westlife The Twenty Tour’ pada 8 dan 9 Ogos 2019. Kali  terakhir ke Malaysia pada tahun 2011 di Bukit Jalil sewaktu ‘Graviti Tour’. Nampaknya masih lagi popular di mata mereka dimana masih dapat membuktikan nombor 1. Jom tengok apa yang sempat dicatat sewaktu konsert berlangsung.

Lebih kurang 14,000 peminat berkumpul di Stadium Malawati, Shah Alam menyaksikan Westlife’s “Twenty Tour” yang disiarkan di Kuala Lumpur. Kenapa dinamakan Westlife’s “Twenty Tour” kerana Westlife meraikan kejayaan 14 buah lagu yang menduduki tempat pertama dalam carta dan 20 tahun bersama sebagai Westlife!

400,000 keping tiket terjual dalam masa 48 jam sahaja sewaktu online dibuka untuk 2 malam konsert di Malaysia sedangkan negara jiran cuma 1 malam sahaja. Walaupun pernah berpecah pada tahun 2012, populariti kumpulan boyband ini masih kukuh dan mendapat tempat dihati peminat.

Westlife Konsert

Baru saja naik ke pentas Shane Filan, Nicky Byrne, Kian Egan dan Mark Feehily mendapat sorokan kuat dari para peminat”Hello, My Love” – lagu pertama yang dinyanyikan kemudian di ikuti dengan ‘Swear It Again’. Kali ini peminat di bawa kembali pada zaman 90an dimana lagu-lagu seperti “What About Now”, “My Love”, “When You’re Looking Like That”, “Uptown Girl” dan “If I Let You Go” dinyanyikan. Jangan terkejut ye ada yang berdiri sambil menari sewaktu lagu “Uptown Girl”didendangkan. Bagi KP lagu “If I Let You Go” dinyanyikan dengan penuh perasaan dan penghayataan. Seperti tajuk lagu itu sendiri.

Nora Anne Quoirin

Tunduk hormat buat Westlife dimana sebelum bertukar pakaian , Byrne mengambil peluang untuk berkongsi tentang kes Nora Anne Quoirin yang berusia 15 tahun. Gadis Ireland dilaporkan hilang selepas dia dan keluarganya tinggal di sebuah resort di Seremban minggu lepas. Penyanyi itu berkongsi bahawa mereka telah berhubung dengan ibu bapanya dan meminta semua orang untuk melakukan apa sahaja yang mereka dapat untuk membantu.

Medley 
Tidak semua lagu dinyanyikan penuh. Biasanya lagu pendek-pendek ini digelar medley. Malam itu juga penghargaan medley dari Westlife kepada Queen. Lagu yang dimedley adalah “Another One Bites the Dust” / “Radio Gaga” / “I Want to Break Free” / “Somebody to Love” / “Don’t Stop Me Now” / “We Will Rock You” / “We Are the Champions”.  Tak semua lagu yang dinyanyikan tahu mungkin bukan popular melainkan anda menonton “Bohemian Rhapsody” tahun lalu atay peminat Queen . Seperti “We Will Rock You” pasti tahu dimana lagu ini selalu dimainkan.

Dikongsikan juga pada malam persembahan video temubual setiap ahli dimana berkongsi cerita tentang zaman kanak-kanak mereka dan kali pertama menyanyi di hadapan orang ramai. Mereka juga berkongsi sedikit tentang apa yang telah mereka lakukan sepanjang hayat yang panjang.


Filan telah mengeluarkan 3 studio album dan EP. Dia juga pernah berada di Kuala Lumpur untuk mempromosikan “Love Always” dimana hadir untuk membuat persembahan buat pasangan Malaysia semasa perkahwinan mereka. Feehily juga mengejar kerjaya solo dan baru-baru ini berkongsi bahawa dia menjangkakan anak pertamanya dengan tunangan Cailean O’Neill. Bagi Egan pula bersambung kerjaya di  televisyen dan Byrne mempunyai stesen radio sendiri sebelum reunion ini


Semasa set akustik, Feehily menjelaskan kerana kekekangan masa jadi mereka menyanyikan sedutan lagu hit atau kegemaran mereka. Sewaktu Byrne mendendangkan lagu “Queen of My Heart” masing-masing memberi kerjasama dengan menyalakan lampu di telefon sambil menyanyi bersama. 2 lagi lagu – “Better Man” dan  “Dynamite” (keduanya ditulis oleh Sheeran)dinyanyikan juga

“You Raise Me Up” stadium bertukar dimana keseluruhan tempat konsert dimainkan lampu dari telefon bimbit penonton mengikut alunan muzik. Encore terakhir pada malam itu disempurnakan dengan lagu hit “Flying Without Wings” dan“World of Our Own”. Rugi pada mereka yang tidak mengambil kesempatan untuk menonton. Bukan setakat muzik dimainkan tetapi di katakan konsert paling best dan trbaik buat malam itu. Dibawakan oleh Macpiepro dan Universal Music Malaysia . Hingga ke temu lagi



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge