Wedding Arrangement Bakal Menemui 31 Oktober 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Wedding Arrangement Bakal Menemui 31 Oktober 2019 |Bagaimana perasaan anda apabila anda dipaksa berkahwin? Bukan berkahwin atas dasar cinta! Tetapi di perkahwinan yang diaturkan oleh ibu bapa diatas sebab terhutang budi ?Sedangkan anda sendiri mempunyai kekasih hati yang dicintai. Bagaimana pula bila hari pertama anda bernikah anda menerima berita atau misi yang tidak masuk akal untuk di selesaikan? Kalau ingin tahu apakah ia, jom tonton

 

Sinopsis Filem Wedding Agreement.
Filem drama dan romantis ini bakal berkongsi tentang jodoh. Tari (Indah Permatasari) dan Bian (Refal Hady)adalah anak dari persahabatan kedua orang tuanya. Mereka dijodohkan dalam ‘wedding arrangement’ atau lebih difahamkan sebagai aturan perkahwinan oleh orang tua. Bian tidak mahu bernikah dengan Tari tetapi dipaksa dengan alasan orang tuanya terhutang budi dengan kedua orang tua Tari.
Tari yang menjadi anak yatim piatu tidak bersuara lantas bersetuju ketika dijodohkan dengan Bian. Bagi Bian pula, dia terpaksa menyetujui kerana ingin memuaskan hati kedua orangtuanya
Proses pernikahan dan perkahwinan belangsung dengan lancar tanpa ada masalah pada permulaannya. Tari dan Bian tidak menyangka pernikahan ini bakal menjadi mimpi buruk

Pada hari pertama tiba di rumah Bian, Tari telah diberitahu tentang perjanjian pernikahan. Antara isi didalam perjanjian itu adalah mereka akan bercerai dalam tempoh satu tahun. Tari tersenyum menerima berita ini walau hakikat terpaksa bersetuju. Bian mempunyai teman wanita yang di cintainya iaitu Sarah (Aghniny Haque). Jadi perkahwinan dengan Tari adalah terpaksa buat Bian.
Tari tidak mengaku kalah dan berusaha mengambil hati Bian demi mempertahankan perkahwinannya. Walaupun terasa sakit hati tapi sayang Tari mula timbul pada Bian. Halangan demi halangan perlu ditempuh kerana setiap apa yang dilakukan Tari pastu ada Sarah diantara mereka

Trailer Wedding Arrangement 

Untuk mengetahui dengan lanjut berjayakah tidak Tari mempertahankan perkahwinannya dengan Bian? Saksikan di pawagam yang berdekatan mulai 31 Oktober 2019.

FB : https://www.facebook.com/Starvision-Plus-144231825640998/

IG : https://www.instagram.com/starvisionplus/



1 thought on “Wedding Arrangement Bakal Menemui 31 Oktober 2019”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top