WeChat Packet Money Memeriahkan Tahun Baru Cina 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

WeChat Packet Money Memeriahkan Tahun Baru Cina 2019|WeChat Pay MY Money sekarang bergerak maju selangkah lagi dimana ianya menjadi antara applikasi yang perlu ada. Ciri-ciri WeChat Pay MY Money semakin berkembang dengan populariti penggunaan di Malaysia. Dengan hampir 2 juta paket wang dihantara dan diterima di negara ini antara 28 Januari hingga 10 Februari 2019, WeChat Packet Money merupakan antara yang terhebat.

WeChat Packet Money adalah yang terkini pada musim ini sempena misim Tahun Baru Cina dimana ia dilengkapi dengan kesan khas dan ciri-ciri setempat yan unik. Penggunaan yang melonjak naik mempamerkan bahawa penguna WeChat Pay MY dapat menerima applikasi ini. 

WeChat Packet Money kali ini berfungsi sama seperti angpow yang diterima sewaktu Tahun Baru Cina dalam paket berwarna merah. Yang membezakan adalah kali ini ianya dalam digital dan bukan fizikal. Ia seperti hadiah saguhati berupa wang diberikan dan ada yang menyarankan agar WeChat Packet Money ini kekal terus untuk digunakan kelak pada perayaan-perayaan lain di Malaysia

Semasa Tahun Baru Cina ,para pengguna yang mempunyai peluang untuk menerima RM12 dengan menggunakan dompet WeChat Pay MY untuk sebarang transaksi. Kupon yang diterima boleh digunakan pada outlet yang menawarkan WeChat Pay MY (tertakluk kepada perbelanjaan minima RM10) dimana pengguna mendapat ganjaran mudah untuk dinikmati .

Bukan itu sahaja, Bonus Shake ditawarkan juga dimana anda cuma berbelanja melalui WeChat Pay MY untuk berpeluang menerima kupon bernilai sehingga RM66 atau menerima WeChat Pocket MY Money sehingga RM88. Sehingga pelancaran WeChat Pay MY  pada Jun 2018, sehingga hari ini ramai yang menyokong pelbagai jenis transaksi dalam talian selain daripada berkaitan dengan Pocket Money .

Antaranya termasuk perkhidmatan top up untuk mudah alih, pembelian tiket penerbangan mahupun bas. Boleh juga digunakan di kedai runcit seperti pasaraya, pertubuhan makanan dan minuman,kedai fesyen dan kecantikan dan juga KK Mart, Petron, Starbucks dan juga Tealive.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge