WD-40® Smart Straw® Bakal Menyenangkan Proses Pembersihan!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

WD-40® Smart Straw® Bakal Menyenangkan Proses Pembersihan!~ Pernahkah anda melalui pengalaman apabila perlu mencapai sesetengah ruang yang sempit semata-mata untuk  membersihkannya biarpun pergerakan agak terbatas? Walaupun ia sukar, namun anda tetap perlu melakukannya bagi memastikan ia bersih dan bebas kotoran. Atau pun anda mungkin pernah mengalami kesukaran setiap kali membersihkan bahagian dalam bonet kereta apabila muncung penyembur tertanggal hingga menyebabkan bahannya terkena di bahagian lain.

WD-40® Pelbagai Guna dengan Smart Straw®

Di sinilah produk WD-40® Pelbagai Guna dengan Smart Straw® dapat membantu anda. Produk dalam tin ini menyediakan dua kaedah penyemburan dan mempunyai muncung kekal yang tidak akan tertanggal ketika anda melakukan kerja pembersihan.

Cara penggunaannya amat mudah sekali dan anda hanya perlu membuka muncung terbabit untuk melakukan semburan ke arah kawasan yang sukar dicapai. Fungsi muncung itu membenarkan ia disembur dari jarak tertentu dan mengelakkan bahan semburan terkena tangan atau pakaian dan kemudiannya muncung itu boleh dilipat ke bawah untuk kaedah semburan biasa atau untuk disimpan.

Jika anda mencuba produk WD-40® Pelbagai Guna dengan Smart Straw®  ini, anda akan dapati bahawa ciri terbaik yang ada ialah muncung terbabit sentiasa ketat dan tidak tertanggal.

Anda tidak akan berdepan masalah lagi apabila perlu mencari-cari muncung alat semburan yang hilang. Bagi produk ini sendiri, ia sememangnya terkenal dengan keupayaan melindungi bahagian logam daripada berkarat dan reput, melonggarkan bahagian yang ketat dan memberi kelembapan serta melicinkan bahagian berkenaan.

Dikenali sebagai penyelesaian pantas untuk membersihkan dan melindungi, melancarkan bahagian berkarat, memberi kelembapan, menghentikan bunyi geseran yang bising dan menghilangkan kesan melekit degil.

Produk Pelbagai Guna WD-40® ini menjadi penyelenggara profesional dan amatur DIY dalam pekerjaan mereka yang membabitkan perkakasan, perindustrian, automotif, berbasikal, sukan dan barangan runcit besar-besaran. Produk Pelbagai Guna WD-40® boleh didapati dalam pelbagai saiz dan telah berkembang menjadi pelbagai produk khusus antaranya WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE and WD-40® Specialist™ Automotive

Ingin tahu lebih lanjut? Lawati http://wd40.asia



About The Author

1 thought on “WD-40® Smart Straw® Bakal Menyenangkan Proses Pembersihan!”

  1. Pingback: WD-40®Fast Acting Degreaser Patut Ada Jika Anda Suka Memasak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top