UNBOXING SAMSUNG GALAXY A33 5G, BEST KE TAK? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Lagi nak raya pelbagai smartphone terbaru dikeluarkan. Al-maklumlah, telefon raya dikatakan.

Bagi KP pula, membeli tidak salah asalkan memilih mana yang terbaik untuk diri sendiri. Kalau sebelum ini dah dikongsikan unboxing A53 5G, kini ada lagi terbaru – A33 5G,

SAMSUNG GALAXY A33 5G

Ini adalah di antara produk terkini dari Samsung untuk A series. Specification yang terkini dan boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan.

UNBOXING SAMSUNG A33 5G

Sebagai standard untuk setiap pembelian memang akan ada

  • Smartphone Samsung Galaxy A33 5G
  • Kabel USB
  • Pin Untuk Sim Kad
  • Panduan Menggunakan Smartphone
  • Warranty Kad – Ini Penting YE!

WARNA

Kali ini memilih untuk nampak ‘smart’, warna pilihan adalah hitam. Warna hitam ini boleh digayakan dengan apa warna pakaian mahupun barangan. Selain hitam ada juga Peach, Light Blue dan White.

MEMORI

Untuk kali ini memori bagi Galaxy A33 5G adalah 128GB ROM dan mempunyai 8GB RAM. Kalau tak cukup boleh saja tambah memori kad didalamnya.

KAMERA

Kamera memainkan peranan penting sebelum membeli sesebuah handphone. Mana taknya, pasti nakkan gambar yang berkualiti dan terbaik apabila menggunakannya.

Dilengkapi dengan kamera depan 13MP. Kalau perhatikan rekaannya seperti ‘water drop’ dan empat kamera ‘boba’ pada bahagian belakang. Menggunaakan 48 MP kamera utama, 8 MP Ultra-wide, 5 MP lensa makro dan 2 MP Depth camera.

BATERI

Aspek lain selain dari kamera adalah bateri & fast charge. Mana taknya penggunaan smartphone boleh dikatakan setiap minit kecuali tidur. Bateri dari 4500mAh kepada 5000mAh amat membantu.

Selain bateri, fast charging memainkan peranan penting. Ini yang patut dititikberatkan sebelum membeli. Fast charging 25W [laju tau .. ] . Kebanyakan model terkini dari Samsung didatangkan dengan USB Cable Type C.

PENGECAS TIADA

Jangan terkejut kerana memang untuk series A dan juga Series S tiada pengecas diberikan dalam kotak sewaktu pembelian.

BERAT ATAU NIPIS?

Of course jawapannya adalah nipis. Tak percaya pada mulanya, tapi bila dapat pegang sendiri dan menggunakannya, memang setuju. 189gm saja [6.67oz] dengan 6.5 inches.

SKRIN UTAMA

Beralih ke skrin utama telefon, Samsung A33 5G direka dengan skrin bertakuk atau dipanggil Samsung Infinity-U.

Panel skrin yang digunakan ialah Super AMOLED dengan rentang 6.4 inci yang menawarkan resolusi Full HD +. Selain itu, skrin Galaxy A33 turut disokong dengan kadar penyegaran 90 Hz kadar pensampelan sentuhan hari 120 Hz.

Tak puas nak kongsikan tentang pemilihan Samsung Galaxy A33 kali ini. Ada promo sempena Raya 2022 nie, apa kata layari

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge