Ulangtahun The Butterfly Project Yang Ke-6 Happening Giler

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ulangtahun The Butterfly Project Yang Ke-6 Happening Giler| The Butterfly Project bukan lah baru du kalangan blogger – blogger di luar sana. Kalau anda pernah mengikuti entri sebelum ini, ini bukan kali pertama KP hadirkan diri untuk Ulangtahun The Butterfly Project. Pejam celik pejam celik rupanya dah 6 tahun rupanya. Team yang penuh dengan ‘support’ bila memerlukan dan paling penting sporting giler.

Well, sebelum kite bercerita dengan lebih lanjut tentang kisah ulangtahun yang berlangsung, ini KP kongsikan ‘the head of group’ atau lebih dikenali dengan ‘mamasan’ antara dikalangan blogger- Tammy. Mamasan Tammy lah yang menguruskan dari mula hingga akhir segala persiapan untuk memastikan yang ulangtahun kali ini diingati pada mereka yang hadir. Sedar tak sedar 6 tahun KP dah bersama team The Butterfly Project dan hari ini ulangtahun ke 6.

Tema warna untuk ulangtahun kali ini adalah hijau, nude, putih dan pink. Lokasi yang dipilih kali ini Vilej Damansara. Tengok pada nama tempat mungkin bertanya dimana kah lokasinya. Berdekatan dengan Damansara Perdana dekat dengan Tesco Damansara. Nampak kosong sahaja ‘event space’ tetapi selepas di hias ia kelihatan cantik dan menarik.

Blossom Balloons – di suatu sudut dihiasi dengan dekorasi belon dari Blossom Balloons. Kelihatan cantik bila belon-belon ini terletak elok dan menjadi sudut OOTD mahupun bergambar.

Yang KP tahu, Blossom Balloons pun menyediakan kejutan atau ‘surprise’ buat mereka tersayang tidak kira majlis. Namakan saja majlis tunang, majlis hari jadi dan sebagainya. Untuk kami yang hadir pun dapat hadiah yang comel dibuat khas. Sayangnya!!!

Avantgrade Blooms – anda yang minat bunga-bungaan ini untuk anda. Dewan yang kosong di hiasi dengan belon dan bunga-bungaan segar dari Avantgrade Blooms. OMG macam di taman bunga.. Di suatu sudut bergambar bersama. Nampak tak impaknya walau dalam dewan boleh transformasi menjadi taman bunga kecil.

Aktiviti hari ini adalah aktiviti girl-girl sangat ye. Dimana kami diberi alat-alatan dan pilihan bunga untuk buat mahkota bunga a.k.a ‘flower crown’. The Butterfly Project team tidak pernah menghampakan kami dimana setiap aktiviti yang direka memang seronok apatah lagi bila dibuat bersama rakan-rakan. Nampak ada yang jari berseni dan seperti KP bukan jari berseni .. Tapi menjadi ye dalam cubaan pertama

Lawak Komedi dari Joanne Kam 
Tak bestlah kalau ulangtahun cuma makan kek dan beramah mesra dengan rakan-rakan kan? Kali ini The Butterfly Project membawa kelainan dimana menerbangkan komedi terkenal khas ke jamuan ini. Siapa tak kenal dengan Joanne Kam? Atau lebih dikenali dengan Joanne Kam Poh Poh?
Beliau adalah diantara Komedi yang terkenal di Malaysia semestinya. Bila mula berkata-kata, pakat dah ketawa. Belum lagi masuk lawaknya. Dari masing-masing sibuk dengan phone untuk update apa yang berlaku di jamuan ini terus mendapat perhatian. Haa.. jangan terkejut ada lawak yang double meaning. Antaranya lawak KLCC dan Batu Caves.. Memang gelak pecah perut . Geli habis ulu hati, pedal dan hempedu.
Lydia Nasir dari JomParty
Kalau di majlis ulangtahun pasti perkara pertama yang dicari adalah makanan. Segmen atau kategori yang KP tunggu-tunggu ye. Makanan kali ini dari Jom Party yang diusahakan oleh Kak Lydia Nasir. Ini bukan kali pertama KP mencuba menu mereka. Jom Party pernah turut serta dalam menyajikan hidangan hari jadi buat anak-anak comel KP bertemakan LEGO. Rugi jika tak pernah merasai makanan mereka.
Jangan terkejut kerana bab makanan banyak benar gambar yang di ambil. Mana taknya memang menarik dan semestinya lazat ye.. Berulangkali ambil pun tak puas. Antara hidangan yang disajikan Kepak ayam dengan pasta
Mini Chicken Burger
Brushetta egg
Pasta terbaik ..
mini dessert
Dim Sum pun ada.. Menarik
Pretzel and nuts
Cheese pilihan
Nampak tak platting dia camna .. Mana tak jatuh hati. Penuh dengan kamera gambar yang ini. Belum lagi makan tapi memang salute kat Jom Party dari mula dulu KP kenal kak Lydia sampai sekarang memang banyak berubah.
Craving nak brownies nie lagi boleh
Pie tee anyone
Mini Pavlova
Haa.. puas hati weii makan hidangan dari JomParty
T-Sticks Malaysia
Minum petang walaupun disajikan dengan air lemonade, ada sudut khas dari T-Sticks Malaysia. Kalau nak tahu ini adalah produk terbaru teh berupa ‘sticks’ dan bukan uncang ye. Ada pelbagai perisa dan paling best dapat bawa pulang untuk mencuba sendiri.
Cara mudah dan senang untuk digunakan. Tiada kotoran, tiada tumpahan atau meleleh ye bila digunakan
Sekarang KP senang menggunakan T-Sticks bila minum petang bersama family.
Ala -ala English style. Terima kasih kerana memperkenalkan produk ini pada KP
Yves Rocher
Siapa peminat Yves Rocher, angkat tangan sikit!!! Kite geng lah ..  Kebiasaanya di ulangtahun kita memberi hadiah pada tuan badan tetapi kali ini lain untuk kami The Butterfly Project. Kami pula yang mendapat hadiah dari Yves Rocher.
Sempena sambutan ulangtahun ke 60 tahun Yves Rocher memberikan produk yang khas untuk kami sempena ulangtahun Butterfly Project ye!!! siapa yang tak suka dengan produk Yves Rocher. Sudahlah dari France buka saja bau-bauannya sungguh menyegarkan dan mengharumkan . Tak sabar nak cuba balik nanti ..

Macarons By Madeleine

Terima kasih untuk macarons yang comel yang dibuat sendiri setiap satu untuk kami yang hadir. Lihat sahaja bagaimana halus nya lukisan diatas macarons oleh Macarons by MadeleineNak makan pun sayang weii .. mesti mengambil masa untuk melukis kan ..

Secara keseluruhan, ulangtahun The Butterfly Project ke 6 kali ini memang happening giler. Ramai yang membantu untuk menjayakan majlis ulangtahun ini seperti yang eksklusif dan akan diingati oleh mereka yang hadir.

Tidak akan berjaya tanpa dia yang berdiri dibelakang ini semua untuk memastikan kami senantias tersenyum riang dari pintu masuk hinggalah kami pulang. Terima kasih setinggi-tinggi buat Mamasan Tammy . Tanpa mu majlis ini tidak akan ada. Moga ke temu lagi di tahun hadapan



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge