Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuala Wanita LAURIER ‘Made With Love’ Kini Serba Baharu |Kao Malaysia telah melancarkan tuala wanita Laurier serba baharu yang hadir dengan gaya dan penampilan lebih segar. Pembungkusan baharu tuala wanita Laurier menyerlahkan identiti baru produk yang “Diperbuat dengan Penuh Perhatian”.

Bungkusan yang diberi nafas baru dan ‘diperbuat dengan penuh perhatian’ atau ‘Made with Love’ ini memperkasakan kehidupan kaum wanita melalui kecanggihan inovasi dari Jepun. Direka dengan mengambil kira keperluan dan kemudahan golongan wanita,tuala wanita Laurier serba baharu mengetengahkan kecanggihan teknologi dan inovasi Jepun, terutama ciri “Ultra Absorbent Core”.

Kao Malaysia memenuhi keperluan gaya hidup wanita yang sofistikated dan aktif pada hari ini. Sekali gus meningkatkan kualiti hidup mereka dan berkongsi keterujaan terhadap produk-produk yang inovatif demi memaksimumkan kepuasan pelanggan. Dibangun berdasarkan kepada nilai “Yoki-Monozukuri” Kao, tuala wanita Laurier serba baharu menggabungkan keperluan pengguna dengan R&D inovatif dalam usaha menawarkan tahap keselesaan yang terbaik kepada wanita setiap kali mereka datang bulan.

“Sejak 35 tahun lalu, Kao Laurier terus berpegang pada komitmennya – menjaga wanita serta memperkasakan mereka untuk menjalani kehidupan dengan bebas menerusi teknologi dan inovasi Jepun. Laurier serba baharu memberikan wanita keyakinan kerana dapat menjaga diri sendiri dengan baik, menghilangkan rasa bimbang dan ketidakselesaan fizikal sepanjang tempoh datang bulan yang tidak dapat dielakkan. Menerusi produk yang inovatif ini, kami berusaha untuk memberi kepuasan dan memperkayakan kehidupan manusia dengan menawarkan pengalaman baharu kepada wanita dari segi keselesaan, keyakinan dan kemudahan.”

-Presiden Kao Malaysia, Masaki Fujiwara 

“Kao Laurier “Diperbuat dengan Penuh Perhatian”. Reka bentuk dan penampilan bungkusan Laurier serba baharu direka untuk memenuhi keperluan wanita dalam masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Terutama dalam kalangan wanita muda berusia 18 hingga 22 tahun yang mahukan bungkusan yang ringkas, berwarna-warni dan segar. Ultra Absorbent Core yang inovatif pantas menyerap dan memerangkap darah haid pada bahagian tengah tuala wanita, memastikan kulit kekal kering. Sekali gus memberikan keselesaan dan ketenangan minda kepada wanita, walaupun pada dua malam pertama kitaran haid mereka.”

-Naib Presiden Pemasaran Kao Malaysia, Tan Poh Ling berkata

Setiap perincian penampilan dan pembungkusan baharu itu dilakukan dengan penuh perhatian dan kesungguhan, tuala wanita Laurier serba baharu hadir dalam:

  1. Perfect Comfort (Maxi & Slim)
  2. Night Safe (dengan & tanpa kedutan).

Ia sememangnya teman terbaik wanita setiap bulan, mereka boleh menjalankan aktiviti harian dengan penuh yakin dan selesa! Teknologi Jepun yang inovatif pada Laurier serba baharu memastikan kulit lebih kering, mencegah kebocoran dan tiada kebimbangan, walaupun pada dua hari pertama datang haid.

Peraduan ‘Made with Love’ dengan Kao Malaysia

Sempena pelancaran ini, Kao Malaysia menganjurkan peraduan ‘Made with Love’ di mana pengguna berpeluang memenangi hadiah utama berupa percutian 5D4N ke Jepun untuk dua orang lengkap dengan jurugambar peribadi!

Caranya:

  1. beli mana-mana produk Laurier serba baharu bernilai RM20
  2. rakam idea ‘Made with Love’ mereka dalam sekeping gambar
  3. muat naik ke laman Kao Laurier Facebook dengan hashtag #LaurierMadewithlove

Gambar yang menerima paling banyak Likes akan dipilih sebagai pemenang.*

Maklumat lanjut, sila layari

Website Kao Malaysia di http://www.kao.com/my/laurier/.

Facebook Laurier https://www.facebook.com/kaolaurier/



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge