Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Truly Asia Malaysian Ramadhan Buffet di Sime Darby Convention Centre |Ramadan bakal tiba tidak lama lagi, kurang dari 2 bulan saja. Pastinya tercari-cari dimanakah lokasi untuk berbuka puasa yang menarik? Banyak restoran atau cafe di hotel membuat promosi sempena Berbuka Puasa 2020.  Kali ini KP berkongsi tentang Berbuka Puasa di Sime Darby Convention Center. Antara lokasi yang menjadi pilihan buat family saya.

Setiap tahun pastinya berbuka di sini sambil menikmati hidangan lebih dari 100 yang bakal membuat perut kenyang selepas seharian berpuasa. Pendapat lain mungkin tidak sama ya. Tahun ini, kalau berkunjung di Sime Darby Connvention Center tema berbuka puasa adalah Truly Asia Malaysian Ramadhan Buffet Dinner . Bakal bermula daripada 24 April hingga 21 Mei 2020 dari 7.00 malam hingga 10.30 malam 
Restoran Halia

Jika ingin berbuka puasa dengan lauk pauk ala kampung mahupun lauk tradisi Malaysia seperti tema berbuka puasa tahun ini iaitu Truly Asia Malaysian, ini diantara pilihan restoran yang ada. Hidangan yang ada membuatkan kenyang perut dan menjadi tarikan . Antara hidangan yang ada seperti Kari Kepala Ikan Salmon, Sotong Berlado Petai, Ikan Goreng Bercili , Bubur Lambuk (wajib) dan hidangan lain.

Kalau tak puas lagi jangan risau dimana ada dalam 20 gerai makanan yang menawarkan pelbagai hidangan seperti Masakan Kawah, Ikan Bakar, Otak-otak, Sup Berempah dan sebagainya. Kalau inginkan makanan ala korea atau Jepun pun ada seperti Sizzling Pan dan Teppanyaki. Nak makan goreng – gorengan seperti cucur pun ada tinggal pilih sahaja.

Hidangan lain  seperti Stewed Venison Lebanese, Lemon Saffron Rice, Vietnam Chicken Roll dengan bumbu dan sos, Nasi Kambing Bukhara.

Sebelum penutup mestilah makan pencuci mulut atau lebih dikenali pada dessert. Di sini antara yang menjadi tarikan ialah Tapai Pulut Daun Getah, Sago Gula Melaka Bubur Kacang Hijau bersama Durian, Roti Jala Pandan, jua ABC cendol. Eh ada juga kek dan pastri untuk si kecil juga.  Ada juga pencuci mulut Boloi Thai

 

Untuk minuman macam biasa Teh Tarik, Cincau, Air Soya, Bandung, Tebu dan Ice Lemon Tea diantara yang ada. Kali ini menarik dimana Fruity Blended Smoothie dihidangkan buat semua tetamu.

Harga buffet adalah

Dewasa : RM 99+ per pax

Kanak kanak : RM 69 nett per pax (6 – 12 tahun)

: PERCUMA (bawah 5 tahun )

Warga Emas : RM 69 nett per pax (60 tahun ke atas)

Early Birds 

RM 69 nett : 24 Januari – 29 Februari 2020

RM 79 nett : 1 Mac – 31 Mac 2020

RM 89 nett : 1 April – 23 April 2020

China Treasure Ramadhan Dinner 

Inginkan kelainan boleh berbuka di sini dimana hidangan atau masakan adalah ala chinese style. Sama juga dimana ianya bermula 24 April hingga 31 Mei 2020 dari jam 7.00 malam hingga 10.30 malam .

Antara hidangan yang disajikan adalah

 

Harga buffet adalah

Dewasa : RM 99+ per pax

Kanak kanak : RM 69 nett per pax (6 – 12 tahun)

: PERCUMA (bawah 5 tahun )

Warga Emas : RM 69 nett per pax (60 tahun ke atas)

Early Birds 

RM 69 nett : 24 Januari – 29 Februari 2020

RM 79 nett : 1 Mac – 31 Mac 2020

RM 89 nett : 1 April – 23 April 2020

Steamboat dan Grill Ramadhan

 

Nak lagi kelainan ada lagi di Sime Darby Connvention Center. Bak kata semua dibawah satu bumbung ya. D’ Atap Gazebo mempunyai cara tersendiri untuk berbuka puasa di mana anda boleh menikmati steamboat All You Can Eat. Boleh menikmati hidangan yang ada mengikut selera anda.

Makanan di celur dalam sup dan dicicah dengan pelbagai sos yang ada memang sedaplah kan. Jadi jangan lepaskan peluang buat anda peminat makana ala Chinese style ye

Harga buffet adalah

Dewasa : RM 50+ per pax

Kanak kanak : RM 35 nett per pax (6 – 12 tahun)

: PERCUMA (bawah 5 tahun )

Warga Emas : RM 35 nett per pax (60 tahun ke atas)

Early Birds 

RM 39 nett : 24 Januari – 23 April 2020

Setiap tahun dengar-dengar selalu ‘full house’ jadi untuk tidak kecewa bila sampai tiada lagi tempat duduk apa kata anda buat tempahan awal. Tak rugi ‘reserve’ awalkan ? Parking banyak ye tak perlu risau dan tempat solat pun ada di sediakan dimana ianya bersih dan terjaga.

Untuk membuat tempahan bagi Truly Asia Malaysia Buffet Ramadhan boleh hubungi no dibawah ya
Tel : 03-2089 3688 

Website : https://www.simedarbyproperty.com/sime-darby-convention-centre

Facebook : https://www.facebook.com/simedarbyconvec/



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge