TrueYou DNA Membantu Saya Mengenali Diri Dengan Lebih Dekat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

TrueYou DNA Membantu Saya Mengenali Diri Dengan Lebih Dekat| TrueYou DNA mungkin baru bagi anda. Tetapi bukan untuk KP dimana melalui kit inilah dapat mengenali diri dengan lebih dekat. Pencegahan selalu lebih baik daripada mengubati, betul?

Selain mengenali diri dapat juga memahami kesihatan dengan lebih terperinci apabila membuat ujian yang tidak sampai 4 minit. Anda mungkin tertanya-tanya mengapa saya perlu melakukan ujian DNA? Inilah peluang untuk mengetahui apa yang baik dan perlu dibaiki.

TrueYou DNA

Sebagai permulaan, TrueYou menyediakan perkhidmatan genetik terkini. Dimana membolehkan anda mengakses, memahami dan memanfaatkan maklumat genetik anda. Dengan ujian genetik ini, anda akan mendapat gambaran menyeluruh mengenai risiko kesihatan. Jadi dengan ini dapat membantu anda menjalani gaya hidup yang lebih sihat.

Laporan DNA

Ia adalah satu laporan secara terperinci dari genetik anda. Dari situ anda dapat mengenali secara mendalam dalam meneroka peribadi anda sendiri. Dari kesihatan hingga kekebalan tubuh untuk gaya hidup yang sihat. Untuk KP, pertama kali nak tahu adalah bagaimana tubuh bertindak balas terhadap pelbagai jenis makanan.

Dengan maklumat terperinci yang diperolehi dari ujian hasil DNA ini, secara tidak langsung dapat membantu untuk memahami genetik DNA KP. Jadi dapat membuat perubahan untuk meningkat kesihatan dan kesejahteraan di masa hadapan.

Sebagai seorang suri rumah, blogger sambilan dan juga ‘freelance’ beberapa perkara perlu diambil berat. Kerana kekangan masa perhatian utama seperti gaya hidup sihat mahupun mencapai kesihatan tidak dapat diamalkan. Perlu berubah dengan mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Bagaimana? Senang sahaja.

  • Selalu makan pada masa yang ditetapkan.
  • Makan-makan yang sihat dan dalam kuantiti yang secukupnya
  • Aktif selalu seperti jogging. Yoga atau senaman ringan/
  • Tenangkan pemikiran dimana fikir yang positif
  • Elakkan pengambilan barang terlarang

Cara menggunakan Kit Profil TrueYou DNA

Setiap kit mempunyai ‘seal’ dan no kod tersendiri. Jika seal anda terbuka sila jangan gunakan.Didalam kit ini dilengkapi dengan item berikut

  • Tabung koleksi dan satu corong
  • Manual pengguna
  • Beg sampel
  • Beg penghantaran
  • Kad peringatan

Untuk prosesnya pula sangat mudah dimana kurang dari 4minit. Seperti tertera di atas kit ‘Saliva Kit Collection’ bermaksud pengumpulan air liur diperlukan.

1.Dalam ujian ini perlu memasukkan 2 ml air liur ke dalam tabung pengumpulan. Pastikan ianya dilakukan pada awal pagi selepas bangun. Perkara yang patut diambil berat 30 minit sebelum mengumpul proses;

  • Jangan ambil sebarang makanan atau minuman.
  • Tidak boleh sama sekali makan dan minum
  • Kunyah gula- gula getah,
  • Merokok
  • Mengosok gigi
  1. Selesai pengumpulan air liur jangan lupa tutup tabung pengumpulan. Pasangkan penutup pada tiub pengumpulan
  2. Goncangkan tabung untuk mencampurkan air liur dengan larutan
  3. Letakkan tiub ke dalam kelongsong dan letak di dalam beg sampel.
  4. Poskan sampel melalui ‘online booking’ atau boleh hantar sampel di Elken HQ atau mana mana cawangan mahupun pengedar Elken

Hasil Laporan Genetik 

Untuk laporan ini mengambil masa dalam 4-6 minggu untuk dihantar kerana ianya bukan dari Malaysia. Jika laporan siap akan menerima notifikasi melalui SMS dan email sewaktu daftar.

Oleh kerana kita berada di era digital, kini semuanya di hujung jari. Boleh muat turun laporan melalui applikasi TrueYou dari Google Play atau App Store. 

Laporan DNA TrueYou

Masa dapat notifikasi ini, terasa takut dan cemas. Mana taknya kerana ini kali pertama laporan secara terperinci mengenai diri dari kesihatan, diet dan sebagainya. Walau apa pun hasilnya, dengan laporan ini dapat membantu untuk ke arah kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.

Dari Aplikasi TrueYou DNA

Laporan secara terperinci merangkumi dalam 11 kategori dengan 84 genetik “berasaskan sains”. Melalui laporan ini dari hasil DNA terbahagi kepada 5 ringkasan iaitu keseluruhan, diet, kesihatan, fizikal dan vitamin. Antara laporan yang ingin dikongsi bersama adalah

Tindak Balas Gula – Respons Sangat Buruk.

Apabila tindak balas gula yang sangat buruk bermaksud genetik saya mengaitkan saya dengan tahap kenaikan lemak. Kenaikan lemak yang jauh lebih tinggi daripada mengambil terlalu banyak gula. Solusinya saya perlu mengurangkan pengambilan gula dari semua sumber terutamanya makanan yang diproses.

Mungkin juga saya perlu mengurangkan rasa manis pada minuman dan pencuci mulut saya.Atau dengan cara lain saya boleh mencuba makanan yang kurang gula dalam mana-mana biskut atau pastri.

Sensitiviti Kafein – Kepekaan sedikit

Bagi orang ketika anda minum kopi, ianya dapat membantu anda berjaga, meningkatkan mood dan meningkatkan kewaspadaan mental. Sebilangan pula menimbulkan kegelisahan, loya, peningkatan tekanan darah bahkan gemetar atau gelisah.

.Tetapi tidak bagi saya jika saya mengambil kopi, saya akan cepat terasa penat dan mengantuk. Secara tidak langsung mengganggu kitaran tidur. Lain orang memberi kesan yang berbeza.  Ada yang disebabkan oleh genetik tertentu.

Solusinya saya perlu menghadkan jumlah kafein dalam sehari. Agar tidak menganggu kitaran tidur

Risiko Kecederaan – Risiko Peningkatan

Gen tertentu mempengaruhi bagaimana kekuatan dan ketahanan keseluruhannya kolagen didalam badan kita. Oleh itu, sebarang risiko di kawasan ini akan meningkatkan kecederaan. Selain juga boleh mempengaruhi fleksibiliti anda.

Tanda- Tanda yang Perlu di ambil kira

  • Berlatih berlebihan adalah penyebab kecederaan pertama dalam suka
  • Masalah tidur atau tidur lebih lama daripada sebelumnya.
  • Kegelisahan, berpeluh
  • Peningkatan degupan jantung rehat
  • Kemurungan
  • Lebih banyak demam / demam

Kekurangan Vitamin D Meningkatkan Risiko

Pemakanan adalah peranan penting dalam menyokong pengurangan kekuatan kolagen dengan peningkatan risiko kecederaan;

  • Tambahkan makanan harian dan rutin makanan tambahan anda.
  • Sentiasa pastikan untuk memanaskan badan sebelum bersenam
  • Pastikan terhidrasi untuk mengelakkan kecederaan.

Penyumbang ke arah ini merangkumi faktor gaya hidup, seperti aktiviti luar yang berkurang, usia tua, obesiti, faktor persekitaran. Selain daripada itu seperti pilihan makanan yang kurang baik dan faktor genetik.

Saya disyorkan untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut (ujiandarah) untuk menganalisis Vitamin D saya. Apabila vitamin ini rendah dapat menyebabkan peningkatan kerentanan terhadap jangkitan, mood tertekan, kelemahan, insomnia.

Solusinya

  • menambah lebih banyak vitamin K – bayam. Kubis brussels dan asparagus.
  • Makanan zink – ketam, daging lembu, lobster dan kacang bakar
  • Vitamin A – ubi jalar, wortel, aprikot atau selada romaine.
  • Menikmati udara segar pada bulan musim panas mengelakkan bahang panas sepanjang hari.
  • Elakkan diet ‘Low Fat’ yang memerlukan saya mengambil jumlah kolesterol yang mencukupi untuk penyerapan vitamin yang optimum
  • Ambil lebih banyak makanan seperti betik, paprika, brokoli, kacang mete, biji bijan, cendawan, shiitake, sweet potato

Ini adalah diantara hasil laporan yang dapat dikongsi. Betapa bagusnya laporan secara terperinci tetapi dalam masa yang sama menakutkan.

Tidak salah mencari diri sebenar sekali dalam seumur hidup. Kini, segala-galanya hanya di hujung jari. Ya dengan ujian TrueYou DNA , ia dapat membantu memperibadikan cara makan dan gaya hidup anda.

Buat pilihan yang bijak untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ambil langkah proaktif untuk mengurangkan risiko terhadap penyakit. Ingat ye ‘Pencegahan selalu lebih baik daripada mengubati, betul? , Untuk maklumat lanjut boleh layari

Website|

 



1 thought on “TrueYou DNA Membantu Saya Mengenali Diri Dengan Lebih Dekat”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Scroll to Top