Tronserve (M) Sdn Bhd Perkenalkan Laman Web DIY Pertama di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tronserve (M) Sdn Bhd Perkenalkan Laman Web DIY Pertama di Malaysia| Tronserve ! Pernahkah anda dengar akan nama syarikat ini sebelum ini? Syarikat teknologi dan perisian digital pertama di Malaysia ye. Yang bestnya memperkenalkan laman web DIY (Do It Yourself) yang pertama. Jika musim PKP ramai yang menggunakan applikasi mesyuarat maya seperti Zoom mahupun Google Meet. Kini di Tronserve pun ada iaitu Tronserve Link
Laman Web DIY
Apabila anda mempunyai bisness semestinya laman web adalah antara yang wajib ada. Nampak lebih berkeyakinan apabila membuat pembentangan kepada klien. Di sini, Tronserve menyedia dan membantu seperti membina komuniti, peluang pekerjaan serta pengajian secara online. Jadi pada mereka yang belum ada boleh lah mencuba pakej yang disediakan. Untuk yang ‘buta IT’ tidak perlu risau kerana ada bantuan dari tenaga pengajar ya.
Selain itu dapat menarik lebih ramai badan korporat mahupun individu untuk berkongsi idea di dalam satu platform. Laman web ini turut memberi peluang pekerjaan bagi membantu syarikat dan rakyat. Buat mereka yang mencari pekerja atau pekerjaan dengan lebih mudah dan berkesan. Menerusi platform ini juga memberi ruang kepada tenaga pengajar dan pelajar bertukar bahan pelajaran secara atas talian.
Bahkan ada yang mengatakan yang ia dapat memberi segala kemudahan dan akses dalam satu laman web kepada masyarakat. Boleh menjadi lebih berdaya saing dalam mengetuai apa-apa tugasan dengan strategik.
Mesyuarat Alam Maya
Sewaktu PKP ramai yang mengadakan mesyuarat atau berinteraksi menggunakan applikasi yang ada. Dengan adanya LINK, pasti dapat memberi kemudahan dan pilihan untuk bermesyuarat di alam maya. Senang dan mudah untuk berinteraksi lagi-lagi pandemik Covid-19 belum lagi berakhir. Dapat menghubungkan antara majikan dan pekerja dengan mudah dan pantas. Teknologi Tronserve Link turut menjamin keselamatan data setiap individu daripada tersebar.
Pelancaran dua platform terbaharu ini dilihat sebagai satu kemudahan dan pilihan buat rakyat Malaysia. Untuk maju ke hadapan berdepan dengan Revolusi Perindustrian Keempat atau Industri 4.0 (IR 4.0). Ini diantara isu yang kini hangat diperbincangkan dari pelbagai pihak.
“Suka atau tidak, sekarang atau nanti, masanya sudah tiba untuk kita menyesuaikan diri dalam mendepani gelombang perubahan kepada gaya hidup dan cara kita bekerja. Ditambah pula dengan pandemik Covid-19, platform yang disediakan ini bakal membantu rakyat Malaysia untuk menjadi individu yang lebih maju serta mahir dalam IT.
Platform mesyuarat maya yang dibangunkan ini dilihat sebagai masa yang tepat untuk di gunakan. Malah kebanyakan syarikat tempatan meminta perkerja berkerja dari rumah semenjak pandemik Covid-19 lagi.
Laman web DIY memberi peluang kepada individu untuk mencipta laman web mereka cara sendiri dan sangat mudah. Kami percaya laman web berkonsep DIY ini lebih dekat dan memberi keseronakan kepada individu. Seronok dapat membentuk laman web sendiri dan menjadikan ia sebuah medan terbaik. Dalam mempromosikan apa saja perkara yang ingin dikongsikan dalam satu laman web”
-kata Ketua Pegawai Pemasaran, Arash Abdullah.
Referral Program
Ramai yang mengeluh di buang kerja akibat Covid-19 yang masing masing tidak tahu bila pengakhirannya. Dengan langkah ingin membantu, ini adalah program membantu menjana pendapatan tambahan. Bakal membantu juga dalam meningkatkan pasif aliran tunai kepada syarikat dan individu. Di buka buat mereka yang kehilangan pekerjaan.
Untuk maklumat lanjut layari



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top