TRAVEL

Snorkelling Bersama Baby Shark di Pulau Payar, Langkawi

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Betul ke ada Baby Shark di Pulau Payar, Langkawi

KP bakal snorkelling bersama baby shark di Pulau Payar, Langkai. Betullah mesti anda semua tak percayakan yang ada baby shark di Langkawi ini? Kalau tak percaya apa kata jom follow atau usha di mana dan apa lagi yang ada selain baby shark di sini. Sebelum itu, KP nak ceritakan yang snorkelling kali ini ialah di Pulau Payar. Pulau Payar adalah antara pulau kecil yang ada berdekatan dengan Langkawi. Untuk ke sini, anda perlulah membeli tiket atau membuat tempahan di Jeti Kuah. Di jeti ini pelbagai agensi ada menawarkan pelbagai aktiviti air juga melihat pemandangan

Snorkelling Bersama Baby Shark di Pulau Payar, Langkawi Perjalanan dari Jeti Kuah ke Pulau Payar mengambil masa dalam 1 jam 45 minit. Tiket yang dibayar kali ini termasuk dengan makan tengahari, alat untuk snorkelling dan juga tiket pergi balik. KP tidak berhenti di Pulau itu sendiri kerana jeti yang rendah. Jadi bot yang dinaiki berhenti di tengah lautan dan bot kecil datang mengambil para pengunjung untuk ke seberang. Terletak sahaja kaki di Pulau Payar ini, KP terpegun dengan air yang bersih berwarna biru walaupun cuaca makin meninggi.

Snorkelling Bersama Baby Shark di Pulau Payar, LangkawiSesampai di Pulau Payar

Sebelum para pengunjung memulakan aktiviti yang ada di sini, sedikit taklimat di beri oleh “Bot Master”. Memberitahu pukul berapa bot akan pulang, tidak boleh tanggalkan jaket keselamatan, alat snorkelling perlu di jaga dengan baik dan juga kebersihan diutamakan.
Snorkelling Bersama Baby Shark di Pulau Payar, Langkawi

Ini KP kongsikan buat anda apa aktiviti-aktiviti yang di larang dan juga di benarkan dilakukan di sini.

Snorkelling Bersama Baby Shark di Pulau Payar, Langkawi Snorkelling Bersama Baby Shark di Pulau Payar, Langkawi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Snorkelling di sini memang menarik dan menjanjikan keindahan didalam air. KP snorkelling? Tidak, KP tidak pernah dan tidak tahu bagaimana snorkelling tetapi kerana peluang yang datang cuma sekali sahaja tidak salah mencuba bukan? Lagipun dengan cara snorkelling ini dapat melihat apa yang tidak pernah atau kesampaian untuk melihat dunia didalam air
Snorkelling Bersama Baby Shark di Pulau Payar, Langkawi

Informasi tentang Taman Laut Kedah& Pulau Marine Park 

Taman Laut Kedah informasi juga ada dikongsikan di sini buat para pengunjung mengetahui dengan lebih lanjut lagi.

Snorkelling Bersama Baby Shark di Pulau Payar, Langkawi

Apa yang Rekreasi darat dan fasiliti taman laut yang ditawarkan oleh Payar Marine Park. Snorkelling Bersama Baby Shark di Pulau Payar, Langkawi Alat snorkelling telah siap diberikan kepada setiap satu termasuk KP yang tidak tahu snorkelling. Belajar snorkelling? apa lagi jomlah kan di beri peluang.Snorkelling Bersama Baby Shark di Pulau Payar, Langkawi

Ikan -ikan yang ada di Pulau Payar sewaktu snorkelling

Antara gambar yang sempat KP rakam sewaktu KP berada di Pulau Payar ini Snorkelling Bersama Baby Shark di Pulau Payar, Langkawi Yang menariknya, ikan-ikan ini akan berenang di sekeliling kita dan walaupun kita cuma duduk di tepi batu -batuan ia akan menyusuri di situ juga.Snorkelling Bersama Baby Shark di Pulau Payar, Langkawi Nampak tak apa yang KP geramkan. Gemuk-gemuk ikan disini, rejeki melimpah ruah kot dimana pelbagai makanan di berikan pada ikan-ikan ini. Jangan risau ianya tidak mengigit langsungSnorkelling Bersama Baby Shark di Pulau Payar, Langkawi Siapa yang tak percaya tadi ada baby shark? Nampak tak apa yang KP nampak ? Ya, baby shark sedang berenang -renang bersama rakan-rakan ikan yang lain di sini Snorkelling Bersama Baby Shark di Pulau Payar, Langkawi Jelas ke tak jelas gambar baby shark ni. Tapi KP tak sempat nak pegang kerana begitu laju ianya menyusuri didalam air.Snorkelling Bersama Baby Shark di Pulau Payar, Langkawi Ini adalah suasana dimana masa makan ikan diberi. Pelbagai jenis ikan yang ada di sini akan datang dan turut sama berebut dengan makan-makan iniSnorkelling Bersama Baby Shark di Pulau Payar, Langkawi Dapat pun ambil gambar baby shark sedang menyusuri di bawah palong tempat dimana KP dan pengunjung lain berehat menikmati makan tengahari.Snorkelling Bersama Baby Shark di Pulau Payar, Langkawi Yang ini memang panjang sangat badannya. Tidak mungkin KP akan gelarkan baby shark mungkin abang shark atau daddy shark. Comelkan ikan yang berwarna hitam dan kuning itu. Yang itu KP gelarkan ikan nemo alah cam filem NEMO cuma warna ikan nemo dalam filem oren,putih dan hitam. yang ini kuning dan hitam Snorkelling Bersama Baby Shark di Pulau Payar, Langkawi Abang Raw a.k.a Rosli dan Bella snorkelling untuk kali yang ke berapa pun tak tahulah. KP pula berapa kali? Selepas kejadian hampir lemas terus KP serah diri tapi sempat juga merasa bagaimana snorkelling, perasaannya dan keseronokannya.
Snorkelling Bersama Baby Shark di Pulau Payar, Langkawi Haha… Bella dan ikan tidak dapat di pisahkan. Dalam trip kali ini, KP gelarkan Bella (Mermaid) sebab ikan-ikan yang comel nie suka sangat follow BellaSnorkelling Bersama Baby Shark di Pulau Payar, Langkawi Nampak tak ada tali di situ. Itu sebagai tanda jangan melepasi tali ini atas sebab-sebab keselamatan kerana bot yang turun di sini bukan sahaja satu ada kekadang dalam 4-5 bot dimana dalam setiap bot ada dalam 10-50 orang penumpang. Keselamatan masih diutamakan walaupun dalam keseronokanSnorkelling Bersama Baby Shark di Pulau Payar, Langkawi Andai kata anda tidak mahu snorkelling dan ingin menikmati pemandangan di Pulau Payar, boleh sahaja. Lihat air yang tenang berwarna biru (can see through), jernih tanpa ada kotoran. Memang seronok jika berada di sini. Semua stress atau kepenatan ditolak ke tepi apabila berada di sini.
Snorkelling Bersama Baby Shark di Pulau Payar, Langkawi Teruja dengan keindahan di Pulau Payar. Walaupun masa disini singkat tetapi ia tetap memberi kepuasan dari segi snorkelling di mana dapat melihat sendiri alam di dalam air dan juga pemandangan yang indah.Snorkelling Bersama Baby Shark di Pulau Payar, Langkawi Berada di sini, KP syorkan untuk menikmati segala saat apabila disini terutama sekali bersama orang tersayang. Berjalan meniti jambatan hingga ke penghujung pulau sambil berkongsi cerita tentang zaman dulu untuk mengimbau kembali kenangan indah. Untuk anak-anak pula , disini merupakan tempat yang menarik untuk mengajar tentang kehidupan didalam air, menceritakan keindahan alam dan memberi peluang pada mereka untuk merasai kecantikan pulau yang ada disini
Snorkelling Bersama Baby Shark di Pulau Payar, Langkawi Ok, sampai disini sahaja tentang Pulau Payar yang sempat KP kongsikan bersama, tetapi masih ada lagi entri yang ingin dikongsikan tentang aktiviti-aktiviti yang KP lakukan sewaktu berada di Langkawi selama 3 hari 2 malam disini. Jadi, KP tinggalkan dengan sekeping gambar lagi keindahan di Pulau Payar.

Nota kaki: sesuai untuk photoshoot wedding nieSnorkelling Bersama Baby Shark di Pulau Payar, Langkawi

#kitepunye #kitepunyedotcom #pulaupayar #langkawi