TERKINI TRAVEL

Shila Amzah Duta Malaysia MONSPACE SKY AIRLINES

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pelbagai syarikat penerbangan sekarang tumbuh bak cendawan dimana masing-masing inginkan pelancong menaiki dan menggunakan servis mereka. Yang terbaru adalah MONSPACE SKY AIRLINES. Ianya bakal menjadi salah satu penerbangan buat masa ini ke Langkawi dan juga Tanah Besar China. Kenapa pilihan ke Tanah Besar China kerana Duta Malaysia kita ialah Shila Amzah yang fasih berbahasa Cina

Shila Amzah Duta Malaysia MONSPACE SKY AIRLINES

Pelancaran MONSPACE SKY AIRLINES menjadikan MONSPACE GROUP yang pertama untuk memiliki syarikat penerbangan sendiri, sambil menambah kepada perniagaan pelbagai yang sedia ada. Setakat hari ini sehingga pelancarannya minggu lepas, hub utama MONSPACE SKY AIRLINE berlokasi di KLIA. Ianya akan beroperasi dan dijadualkan penerbangan pertama  domestik ke Langkawi. Dalam masa terdekat pula , penerbangan antarabangsa adalah ke Makkah dan tempat-tempat tertentu seperti  di Tanah Besar China, khususnya Hangzhou, Chongqing, Xi-An dan Chengdu juga bakal akan dijadualkan.

SHILA AMZAH DUTA MALAYSIA UNTUK MONSPACE SKY AIRLINES

Shila Amzah Duta Malaysia MONSPACE SKY AIRLINES

Menjadi kebanggaan bagi negara Malaysia kita sendiri, Shila Amzah selamat mendarat kembali ke Malaysia bagi menyempurnakan pelancaran MONSPACE SKY AIRLINE. MONSPACE MEDIA ENTERTAINMENT menyatakan kebanggaan syarikat mereka dalam memilih Shila untuk bersama-sama menyaksikan kelahiran MONSPACE SKY AIRLINE. Mempunyai laluan ke Langkawi dan Tanah Besar China, pastinya memberi rakyat Malaysia dan warga asing satu pilihan baru untuk perjalanan percutian mereka selain dari syarikat kapal terbang tan ada

MARIA CORDERO KEMBALI KE MALAYSIA

Shila Amzah Duta Malaysia MONSPACE SKY AIRLINES

Kali ini MONSPACE MEDIA ENTERTAINMENT dengan bangganya mempunyai Hong Kong selebriti, Maria Cordero turut bersama-sama untuk menyaksikan detik manis dan penting ini, dimana ianya menyemarakkan majlis pelancaran ini

PENGALAMAN PERIBADI BERSAMA MONSPACE SKY AIRLINE

Shila Amzah Duta Malaysia MONSPACE SKY AIRLINES

Pada hari yang sama, kedua-dua artis dan beberapa jemputan yang hadrir telah diberi peluang untuk merasai pengalaman mereka bersama MONSPACE SKY AIRLINE ke Langkawi.  Ini secara rasmi menlancarkan MONSPACE SKY AIRLINE, dan pastinya ianya memberi memori manis buat jemputan yang terlibat

Untuk malumat lanjut layari

Website MONSPACE MEDIA ENTERTAINMENT

Hubungi 603 8082 3416

Moga KP juga berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki MONSPACE SKY AIRLINE untuk berkongsi bersama anda-anda