REVIEW TRAVEL

M Motel @Meru Hotel Bajet Berdekatan Dengan MAPS Park, Ipoh

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

M Motel @Meru Hotel Bajet Berdekatan Dengan MAPS Park, Ipoh |Ingat lagi tak entry dimana KP bersama family menyertai Fun Drive to Ipoh 2017 dimana tewas juga akhirnya. Memandangkan penyampaian hadiah di adakan pada waktu malam dan [encarian kami berakhir lebih kurang jam 4.30petang , pastinya badan penat, letih dan berlengas kan sebab mencari jawapan yang tak tahu betul ke tak . So , kali ini KP ingin kongsikan bersama dimana KP menginap bersama kengkawan yang lain . Haa tak baca lagi entri Fund Drive To Ipoh 2017 , takpe klik di sini

Fun Drive to Ipoh 2017

M Motel @Meru , Ipoh 

M Motel @Meru adalah di antara hotel bajet yang KP rekomenkan untuk anda yang bakal tiba di Ipoh . Terutama sekali jika MAPS Park antara list wajib pergi (MAPS Park iaitu taman tema animasi pertama di Asia) . Lokasi yang strategik dan behampiran dengan MAPS Park. Nak cari barang-barang seperti pakaian , makanan . minuman atau barang asas seperti berus gigi, sabun, ubat gigi atau sebagainya tak perlu risau kerana pasaraya Mydin berdekatan saja dengan hotel ini. Selain itu terdapat pelbagai deretan kedai atau restoran untuk anda menjamu selera.  

Satu yang ingin KP highlightkan di sini “Jangan di lihat pada luaran saja , lihat juga pda dalaman ” . Kenapa KP berkata begitu kerana walaupun diluar bagunan M Motel Meru berwarna pink dan kelihatan seperti motel sebenarnya tidak. Luaran sahaja sepertoi motel tetapi fasiliti yang disediakan seperti berada di hotel . Jom tengok bilik -biliknya

Bilik M Motel @Meru , Ipoh 

Setiap bilik yang ada menyediakan fasiliti yang basic untuk kegunaan seperti

meja yang dilengkapi dengan cerek elektrik, cawan, teh dan kopi

TV pun LCD kan , dilengkapi dengan aircond jua

Peti ais wajib ada sebab takut tengah lapar nak minum air sejuk ke boleh ajer. Comel pula mini fridge letak di bawah meja nie

Untuk anda yang jenis perfectionist, tak perlu risau kerana iron and iron board disediakan didalam setiap bilik

Bilik di sini ada katil single, twin mahupun Queen bed. Ada juga 2-3 unit yang mempunyai connecting door . Best kan M Motel @Meru nie

Toiletnya memang terbaik . Warna putih dan sedikit corak hitam menceriakan . Simple but cantik. Seuk mata memandang. jangan tengok kecil camnie tak ada heater , ada tau .

Harga bilik kat sini serendah RM39satu malam hingga paling mahal RM99 sahaja. KP syorkan anda booking / tempah dulu sebelum datang sebab takut karang penuh pula. Lupa nak inform yamg hotel ini tiada lif dan jangan risau dia 2 tingkat ajer so untuk anda yang budget boleh saja menginap di sini. Insyallah puas hati

Untuk informasi dan promosi terkini tentang M Motel @Meru layari
Facebook M Motel @Meru : www.facebook.com/mmotelatmeru/
Alamat Motel : Jalan Meru Utama A2, No. 18 & 20, Ipoh Perak
Google Map: M Motel at Meru
Telefon: 013-4143 488