TRAVEL

#ETW :Astaka Morocco Pavillion Bakal Menjadi Mercu Tanda Terkenal di Putrajaya

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Astaka Morocco

Astaka Morocco Pavillion terletak di bahagian utara di Taman Botani  Presint ,Putrajaya. Ini adalah salah satu tempat yang KP rekomenkan untuk melawat jika berada di Putrajaya. Apakah kehebatan dan menariknya tentang Astaka Morocco Pavillion ini? Apa kelebihannya  Ini adalah salah satu tarikan yang anda mesti dilawati di Putrajaya.

Astaka Morocco

Sedikit informasi tentang Astaka Morocco Pavillion 

Astaka Morocco

Astaka Morocco Pavillion, bakal menjadi satu mercu tanda yang terkenal di Putrajaya, mempamerkan Moroccan dan Moorish seni bina yang unik yang terkenal di Maghribi, kebetulan dipercayai pertama seumpamanya di rantau ASEAN.

Astaka MoroccoTetamu yang berjalan ke dalam Astaka Morocco Pavillion pastinya terpesona dengan tiang melengkung, alang siling dan ukiran halus pintu kayu. Astaka Morocco Setiap ukiran ini di buat dengan penuh teliti tanpa dapat kesan mana-mana cacat cela. Astaka Morocco Selain itu, apabila berada di sini , terasa yang diri ini berada di Maghribi di mana terkenal bandar-bandar yang penuh hiasan.Astaka Morocco

Notis penting 

Astaka Morocco

Para tetamu yang hadir di sini perlu menanggalkan kasut ataupun selipar didepan pintu masuk. Jika ada yang ingin mengambil gambar mahupun membuat photoshoot di sini perlulah mendapat kebenaran. Alangkah gembiranya KP kerana kali ini KP dapat mengambil seberapa banyak gambar yang KP suka sewaktu berada di sini. Terima kasih Perbadanan Putrajaya dan Gaya Travel kerana memberi peluang pada kami

Astaka Morocco Apabila KP memasuki Astaka Morocco, ada longkang air yang memisahkan antara kiri dan kanan bertemu di air pancut yang berada di tengah-tengah Astaka Morocco ini. Alangkah baiknya jika di jaga dengan lebih baik dan teliti kerana di dapati ada lumut mahupun keladak didalamnya. (Pendapat peribadi KP)Astaka Morocco

Pameran

Dikatakan beberapa peralatan antik dan barang-barang yang di pamerkan di bawa terus dari Morocco. Ada beberapa bilik yang di pamerkan mengikut bandar. Ini adalah di antaranya yang sempat KP rakamkan sewaktu berada di sana. Memang terkesima, terkedu atas kecantikan , ketelusan dan kehalusan pada ukiran kayu dan pintu. Alunan bacaan sepanjang KP berada di sini tanpa henti

Bandar FEZ:

Astaka Morocco Perabot-perabot yang ada Astaka Morocco Menarik perhatian KP , cantik ukirannyaAstaka MoroccoPasu yang cantik.
Astaka MoroccoUkiran dinding di bilik bandar FEZ
Astaka Morocco

Bandar Rabat

Terletak di Lautan Atlantik
Astaka Morocco Cantikkan kedi atau cerek ini. Cerek style lamaAstaka Morocco Ukiran siling Astaka Morocco Pintu gerbang di bilik pameran bandar RabatAstaka Morocco

Bandar Essaquira

Astaka MoroccoAntara perobot yang ada di bilik pameran ini
Astaka Morocco Pintu yang di ukir dengan pelbagai ukiran berwarnaAstaka MoroccoTempat rehat yang ada sewaktu melawat bilik-bilik pameran yang ada di sini
Astaka Morocco

Bandar Rif Atlas 

Astaka Morocco

Cantik bukan kombinasi warna sofa ini. Coklat dan hitam menjadikan ia lebih menyerlah
Astaka Morocco Lampu yang tergantung di siling bilik pameran ini , cantik sungguhAstaka Morocco

Astaka Morocco juga antara tempat yang KP rekomenkan untuk photoshoot wedding mahupun sejarah tentang seni reka bina dari Morocco. Lihat sahaja pemandangan yang sempat di ambil di luar Astaka ini. Bukan senang tau nak dapat view macam ni. Tapi ingat tau kalau nak buat photo shoot di sini jangan lupa dapatkan kebenaran tau.

Astaka Morocco Astaka Morocco Astaka MoroccoSebelum KP beransur pulang sempat KP dan rakan media lain rakamkan gambar untuk kenag-kenangan. Terima kasih @akugraphy atas segala gambar ini, sempat lagi sekodeng kami masa kami WEFIE ..

Astaka Morocco Astaka Morocco Astaka Morocco Astaka Morocco Astaka Morocco Astaka MoroccoApapun terima kasih sekali lagi atas pengalaman ini. Hingga ke hari ini baru KP tahu kewujudan Astaka Morocco Pavillion di Putrajaya. Mungkin jika KP tidak mengikuti #ETWPutrajayaFoodTrail ini , KP masih tidak tahu. Ukiran yang halus seperti di ukir dengan penuh kasih sayang dimana jatuh hati dengan segala kecantikan dan kekemasan barang-barang yang dipamerkan. Kalau berkesempatan jangan lupa lawati Astaka Morocco Pavillion ini tau

Alamat:
Bersebelahan dengan Taman Botani Precint 1, Putrajaya

Link : Astaka Morocco

#ETWPutrajayaFoodTrail

Anjuran bersama : Only Mee, Hotel  Quickly, PICC, Cruise Tasik, Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd dan Tai Thong Group 

*masih ada lagi entri #ETWPutrajayaFoodTrail, tunggu tau

#kitepunye #kitepunyedotcom #astakamorocco #eattravelwrite