Touch ‘N Go EWallet Kini Boleh Di Guna di 7-Eleven

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Touch ‘N Go EWallet Kini Boleh Di Guna di 7-Eleven| Touch ‘n Go eWallet, e-dompet terkemuka Malaysia kini mengumumkan kerjasama dengan 7-Eleven bagi membolehkan kemudahan pembayaran dan tambah nilai di kesemua cawangan 7-Eleven di seluruh negara. Ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan daripada untuk menambah dan menggalakkan penggunaan ini supaya menjadi kebiasaan rakyat Malaysia.

Usaha ini juga selari dengan matlamat kami untuk berkembang di lebih banyak pusat pembelian runcit, yang meliputi kawasan dalam dan luar bandar. Penerimaan ini di 7-Eleven bermakna orang ramai boleh menikmati cara pembayaran yang lebih mudah, terutamanya untuk para pelanggan yang sentiasa mengejar masa. Selain itu, pengguna Touch ‘n Go eWallet juga boleh membeli pin tambah nilai di mana-mana cawangan 7 Eleven, yang sentiasa tersedia 24/7.

“Kehidupan rakyat Malaysia didorong oleh kemudahan untuk mendapatkan sesuatu dan kepantasan mendapatkannya. Ini juga merupakan fokus utama buat kami. Kami berbangga untuk menjadi rakan kongsi pembayaran 7-Eleven, cawangan kedai serbaneka terbesar di Malaysia, kerana ini akan menaik taraf kehidupan rakyat, dan juga mempercepatkan proses pembayaran dan berurus niaga secara digital di mana-mana sahaja di Malaysia. Penambahan 7-Eleven ke dalam satu kumpulan rakan niaga kami yang kian bertambah merupakan satu nilai untuk kami dan juga pengguna kami, ”

-kata Ignatius Ong, CEO TNG Digital Sdn Bhd.

“Tema utama komitmen 7-Eleven adalah untuk memenuhi keperluan pengguna, di mana pemacu utama perniagaan kami adalah penyediaan kemudahan 24/7. Kami percaya kerjasama kami dengan Touch ‘n Go eWallet, penyedia e-dompet terkemuka di Malaysia, memastikan yang kami sentiasa mengikuti perkembangan landskap dunia perniagaan yang sentiasa berubah, pada masa yang sama memenuhi keperluan pembayaran pengguna yang sentiasa berevolusi serta menyokong usaha Kerajaan untuk menyeru rakyat menerima pembayaran digital,”

-kata Colin Harvey, Ketua Pegawai Eksekutif, 7-Eleven Malaysia.

Pengenalan ini dikuasakan oleh Razer Merchant Services.

“Kami sangat gembira kerana menjadi pemacu kerjasama antara Touch ‘n Go eWallet dan 7-Eleven dengan penyelesaian inovatif kami.” Razer Fintech adalah pembekal perkhidmatan peniaga terkemuka Asia Tenggara. Pengguna Touch ‘n Go eWallet hanya perlu ‘pay-and-scan’ (bayar-dan-imbas) untuk melengkapkan pembayaran.

-kata Jasmine Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Razer Fintech

Sempena kerjasama ini, pengguna yang pertama kalinya memilih untuk membayar tanpa tunai dengan Touch ‘n Go eWallet di 7-Eleven akan menikmati rebat RM8 dengan memasukkan PIN tambah nilai TNGJG7N1. Di samping itu, sempena sambutan ulang tahun 7-Eleven, pengguna juga boleh menikmati tawaran-tawaran hebat seperti:

  • Dari 1 hingga 7 November 2019, pengguna Touch ‘n Go eWallet yang membelanjakan RM11 ke atas dalam satu resit akan menerima cashback sebanyak RM7 (sah untuk 1 kali transaksi sahaja).

  • Dari 8 November hingga 31 Disember 2019, dengan setiap perbelanjaan sebanyak RM20 dalam satu resit, pengguna Touch ‘n Go eWallet akan menerima rebat tunai sebanyak RM4. Rebat ini terhad kepada (2 kali) sahaja bagi setiap pengguna sepanjang tempoh kempen ini.

Touch ‘n Go eWallet kini mempunyai 5.5 juta pengguna berdaftar, dengan lebih daripada 100,000 rakan peniaga. Pengguna  boleh menjangkakan lebih banyak tawaran atas platform ini selain pembelian runcit seperti tiket filem dan penerbangan, membeli-belah, tambah nilai telefon, hiburan dan tawaran F&B.

Untuk maklumat lanjut dan terma dan syarat promosi ini, sila layari  https://www.tngdigital.com.my/promotions atau https://www.7eleven.com.my/ .

Log masuk di www.facebook.com/touchngoewallet/ untuk maklumat terkini mengenai semua perkhidmatan dan promosi lain. Touch ‘n Go eWallet boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store.



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top