SEMBILAN Boleh Di Tonton Secara Eksklusif Di Applikasi Astro GO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

SEMBILAN Boleh Di Tonton Secara Eksklusif Di Applikasi Astro GO ~Istimewa buat penonton Astro, sebuah drama bersiri eksklusif Astro GO, SEMBILAN bakal menemui penggemar drama tanah air tidak lama lagi. SEMBILAN yang bergenre seram thriller mempunyai 10 episod dan setiap satunya berdurasi satu jam. Lebih menarik buat anda pengguna Astro boleh distrim secara eksklusif di applikasi ASTRO GO secara percuma mulai 6 Disember ini.

SEMBILAN mendapatkan khidmat sutradara berbakat besar Razaisyam Rashid sebagai pengarah dimana beliau juga merupakan pengarah filem ‘PUSAKA’ terbitan Astro Shaw. Beliau juga menggalas tugas yamg sama untuk karya-karya seperti CEO , telefilem ‘Gadis Kosmos’, ‘Hamba Iblis’ dan banyak lagi. Garapannya bukan saja menjadi perhatian peminat tempatan malah turut mendapat pengiktirafan di anugerah-anugerah berprestij tanah air. Drama bersiri arahan Razaisyam yang pernah disiarkan di Astro sebelum ini iaitu ‘Mandatori’ telah melayakkan beliau dinobat sebagai ‘Pengarah Terbaik Anugerah Skrin 2016’ menerusi telefilem ‘Fatin’.

SEMBILAN adalah airtangan terbaru dimana penggambaran yang berlangsung selama 74 hari disekitar Kampung Orang Asli Kuala Boh (Cameron Highlands), Sungai Lembing (Pahang), Lembah Klang dan Studio Pinewood Iskandar di Johor Bahru.
Hasil Garapan untuk setiap plot dan jalan penceritaan di olah dengan baik dan mampu membuat penonton kagum terutamanya menerusi hasil warna, pergerakkan kamera dan peralihan babak ke babak. SEMBILAN sarat dengan babak-babak yang mendebarkan , aksi suspen dan ganas. Pada masa yang sama turut diselang selikan dengan emosi, pengorbanan dan ikatan kekeluargaan. Mempertaruhkan nama-nama hebat industri dari kedua-dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia.

Di sebalik SEMBILAN, drama bersiri premium ini menyaksikan Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh bertindak sebagai Penerbit Eksekutif. Ia turut mendapat sentuhan Yadi Sugandi sebagai Pengarah Sinematogarafi. Pak Yadi merupakan seorang pengarah sinematografi terkenal Indonesia yang sebelum ini telah melahirkan stail-stail visual cukup memukau seperti ‘Laskar Pelangi’, ‘Ada Apa Dengan Cinta 2’, ‘Darah Garuda’ dan banyak lagi.

Sinopsis SEMBILAN

Mengisahkan tentang watak seorang pelacur bernama Rimnun(lakonan Atiqah Hasiholan) yang mempunyai reputasi buruk di kalangan penduduk Kampung Tanah Merah. Rimbun dikenali sebagai pelacur yang sanggup melayan sesiapa sahaja yang melanggannya. RImbum kemudian hamil dan melahirkan seorang bayi lelaki bernama Taduh (lakonan Bima Azriel).

Rimbun tidak mengetahui siapakah bapa kandung kepada Taduh selama membesarkannya. Sepanjang 9 tahun membesarkan Taduh, Rimnun sering diabaikan dan melayan anaknya dengan kasar. Sehinggalah satu hari Taduh tiba-tiba hilang tanpa dikesan. Pada ketika saat itulah Rimbun menyedari yang Taduh adalah satu-satunya harta yang dimiliki dan tidak sanggup kehilangannya. Rimbun berusaha mencari Taduh dan sanggup merayu kepada penduduk kampung untuk membantu mencari Taduh namun usaha pencarian mereka menemui jalan buntu.

Setelah 9 tahun kehilangan Taduh berlalu, Rimbun menyesali kehidupan ‘zaman gelapnya’ dan bertaubat ke jalan yang benar. Rimbun bertemu jodoh dan mendirikan rumahtangga dengan seorang peniaga bernama Azim (lakonan Beto Kusyairy). Pasangan ini menjalani kehidupan cukup Bahagia dalam keadaan sederhana . Di kurniakan rezeki untuk hamil sekali dan mengharapkan agar bayi ini mampu mengubat kerinduannya pada Taduh.

Namun misteri kehilangan Taduh yang belum terungkai tiba-tiba dikejutkan pula dengan kemunculan semula Taduh tetapi dalam keadaan usia 9 tahun sama seperti waktu kehilangannya dahulu. Kepulangan Taduh mengundang pelbagai spekulasi daripada penduduk Kampung Tanah Merah. Adakah dia masih ‘Taduh’ atau Cuma jelmaan? Ataupun memang dia ‘anak setan’ seperti yang dipanggil di Kampung Tanah Merah?

Trailer SEMBILAN



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top