Khas Untuk Penggemar Music : Portal ” Tonton Music” DiLancarkan

Khas Untuk Penggemar Music : Portal ” Tonton Music” DiLancarkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

image002

Media Prima Digital, Rangkaian Radio Media Prima dan Rangkaian Televisyen Media Prima hari ini dengan rasminya melancarkan portal ‘Tonton Music’ bagi memenuhi kehendak terkini penggemar muzik. Portal muzik sehenti format audio ini telah diperkenalkan seiring dengan anjuran Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) pada 26 Januari 2014 lalu dan boleh dilayari di http://www.tontonmusic.com.my Media Prima Digital merupakan sayap digital kumpulan Media Prima Berhad yang bertanggungjawab terhadap inovasi ‘Tonton’, portal video nombor satu di Malaysia yang mempunyai lebih daripada 3.7 juta pengguna berdaftar dengan catatan statistik sebanyak 1.5 juta pelayar unik bulanan, sehingga 8 juta tontonan video bulanan dan 27.6 juta paparan halaman bulanan.

Press Conference - Anida, Kim, Ben & Seelan Paul

Rangkaian Radio Media Prima, di bawah pengurusan Media Prima Berhad mempunyai 3 stesen radio yang menyasarkan pendengar di bawah usia 35 tahun. Hot FM, Fly Fm serta one FM mempunyai hampir 4.4 juta pengikut melalui laman sosial utama dan pencapaian tersebut merupakan satu kejayaan sebagai sebuah rangkaian radio yang bersifat kompetitif, agresif tetapi peribadi. Sebagai peneraju platform media sosial dalam industri penyiaran radio, segala hebahan aktiviti 3 stesen radio tersebut kerap dikemaskini untuk informasi pendengar mereka.

Menerusi ‘Tonton Music’, Media Prima Digital, Rangkaian Radio Media Prima dan Rangkaian Televisyen Media Prima melangkah terus dengan menyediakan lebih pilihan kepada pengguna melalui tawaran hiburan berbentuk audio secara ‘streaming’. ‘Tonton Music’ merupakan portal pertama seumpamanya menawarkan streaming audio secara percuma melalui gajet pintar di Malaysia dan ia adalah produk pertama di dunia menampilkan integrasi media digital secara menyeluruh untuk fasa pertama. Terkini ‘Tonton Music’ menawarkan lebih daripada 280,000 lagu kepada pengunjung portal tersebut.  Melalui fasa kedua yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, pelayar boleh menikmati akses sepenuhnya tanpa iklan hanya dengan yuran langganan serendah RM4.99/sebulan sahaja!

Hosts Hafiz Fly FM & Deen Hot FM

Portal ini juga adalah sebuah representasi unik menampilkan jenama radio terkenal iaitu Hot FM (Melayu), Fly Fm (Inggeris), one FM (Cina) serta slot 9X diTV9 (Indie).Selain itu, portal ini membolehkan mereka untuk mengenali barisan penyampai Fly Fm, Hot FM dan one FM dengan satu klik ke atas profil mereka. Tidak hanya itu, pelayar juga dapat mengetahui senarai susunlagu penyampai kegemaran mereka.

Press Conference - Anida, Kim, Ben & Seelan Paul

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, En Seelan Paul melihat ‘Tonton Music’ sebagai sebuah kolaborasi pintar bersama Media Prima Digital serta TV9. “Satu kolaborasi bijak apabila kita dapat menyatukan pencinta muzik yang juga dalam masa yang sama merupakan pengguna teknologi digital tegar. Senario ini bukan hanya sekadar ‘trend’ tetapi membuktikan kepentingan evolusi teknologi yang sentiasa berubah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat masa kini. Integrasi multiplatform ini selain mampu memenuhi jangkauan jenama kepada rangkaian radio kami. Portal ini akan memenuhi selera muzik rakyat Malaysia untuk mendengar seleksi lagu pilihan bila-bila dan di mana sahaja mereka berada.

Aizat (1)

Menurut Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Cik Sherina Nordin, “TV9 amat teruja dengan kolaborasi bersama ‘Tonton Music’ buat julung kalinya dan berharap langkah ini dapat memberikan impak yang besar buat peminat setia muzik indie. Ini adalah salah satu usaha TV9 dalam mengenengahkan muzik indie daripada kelompok asal ke aliran utama industri tempatan kita. Kolaborasi bersama ‘Tonton Music’ menjadi salah satu platform untuk pengemar dan pencinta muzik indie ini untuk terus mengekspresikan karya mereka. Selain memberi ruang yang lebih besar buat peminat muzik berkongsi kepelbagaian genre muzik yang jarang-jarang dapat diperolehi di Malaysia, ‘Tonton Music’ memberi lebih kepuasan kepada para peminat drama serta program Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad untuk menikmati lagu tema yang menjadi kegemaran mereka di mana sahaja.”

Menerusi pengenalan portal ini, Media Prima Digital dilihat bakal menguasai pasaran kandungan muzik secara digital di negara ini selain mampu melebarkan capaian perkhidmatan pengiklanan secara digital. Alami audio muzik terbaik di ‘Tonton Music’ dengan melayari www.tontonmusic.com.my  hari ini menerusi komputer, telefon pintar (iOS dan Android) atau tablet! Pendaftaran adalah PERCUMA.

Group Photo with Labels & Artists#music #tontonmusicportal

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top