Rancangan BABA’S cu~bits Musim Kedua Tonton&Menang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Rancangan BABA’S cu~bits Musim Kedua Tonton&Menang|Chef Kamarul dan isteri Puan Yati Rahman telah mengadakan majlis minum petang bertempat di Restoran Asmara Penchala. Seramai 50 orang jemputan istimewa terdiri daripada pemenang-pemenang Utama Peraduan TONTON & MENANG Rancangan BABA’S cu~bits Musim Kedua (Akhir)

image

image

. Ada juga peminat terpilih peraduan Hi-Tea Eksklusif bersama Chef Kamarul menerusi laman Facebook BABA’S & U serta beberapa rakan media yang di undang khas juga pihak pengurusan BABA’S. Rakaman musim kedua program cu~bits yang diilhamkan serta di terbitkan oleh BABA’S dengan kerjasama Primeworks Studios dan TV3.

image

Bersempena majlis tersebut, semua jemputan turut di jamu dengan 3 menu cu~bits khas yang di sajikan oleh Restoran Asmara Penchala sendiri dengan kolaborasi Chef Kamarul iaitu BABA’s Rendang Infused Mussel Au Gratin, Nasi Minyak Hiasan Telur Gaya BABA’S , Ayam Masak Sambar BABA’S, Kuih Sagu  Payasam BABA’s dengan Paraline Kacang Badam dan minuman BABA’S Kesari Mangga dengan Daun Pudina.

imageNasi Minyak Hiasan Telur Gaya BABA’S

imageAyam Masak Sambar BABA’S

imageBABA’s Rendang Infused Mussel Au Gratin

En Claudian Navin Stanislaus, Ketua Pengiklanan & Promosi BABA’S yang turut menghadiri majlis ini juga telah membongkar sedikit sebanyak mengenai musim ketiga rancangan ikutan ramai ini yang akan di umumkan tidak lama lagi. Sekalung tahniah di ucapkan kepada ke semua 26 pemenang Peraduan Akhir Tonton & Menang Rancangan BABA’S cu~bit 2. Pastikan anda senantiasa mengikuti laman Facebook BABA’S & U untuk mengetahui perkembangan dan maklumat terkini mengenai musim ketiga rancangan BABA’S cu~bits.

Antara gambar pemenang

image image

 

Moga ramai lagi penyertaan di musim akan datang dan insyallah hadiah pastinya lumayan.Terima kasih atas jemputan dan BABAS dan masakan tak dapat dipisahkan bagai irama dan lagu..

#babas


logo

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top