Titi Kayu Lambang Persahabatan ‘Brotherhood’ Menyentuh Perasaan !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Titi Kayu Lambang Persahabatan ‘Brotherhood’ Menyentuh Perasaan Anda! |Februari ini, Michael Ang dengan misi Tahun Baharu Cinanya untuk membina titi kayu di kampungnya. Kenapa pula Michael Ang nak bina titi kayu? Mempunyai misi untuk diselesaikan bersempena dengan drama yang disiarkan pada 9 Februari ini.

Apa lagi, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan drama Titi Kayu yang dibawakan khas untuk anda bersempena  Tahun Baharu Cina di slot Cerekarama, pada hari Sabtu, jam 9.00 malam. Pada yang tidak sempat menonton boleh sahaja menonton di Drama Sangat via Youtube. 

Sinopsis Titi Kayu

Ah Lim atau lebih mesra disapa Alim (Michael Ang) seorang yang lurus bendul. Alim sangat disenangi penduduk kampung yang majoritinya orang Melayu kerana keramahan dan sikap ringan tulangnya walaupun dia berbangsa Cina Peranakan. Walaupun sudah berusia 35 tahun, dia bersahabat baik dengan Umar yang baru berumur 9 tahun. Rumah Alim dan Umar berhampiran namun dipisahkan dengan sebatang sungai.

Oleh itu, Alim terpaksa berkayuh basikal menggunakan jalan raya yang agak jauh setiap hari untuk menemui Umar.   Alim dan Umar memikirkan alternatif untuk membina sebuah titi kayu untuk menyeberangi sungai yang memisahkan rumah mereka. Malah idea itu juga tercetus selepas dia terpaksa menggunakan laluan jauh untuk membawa ibunya mendapatkan rawatan di hospital dan memakan masa yang lama.

Namun, idea mereka itu tidak diterima oleh ketua kampung iaitu Pak Samad. Alim dan Umar tekad untuk membina titi kayu itu dengan tangan mereka sendiri walaupun tidak mendapat bantuan orang kampung. Berjayakah Alim dan Umar dalam misi mereka?

Pelakon: Michael Ang, Rizz Amin, Jaja Iliyes DFKL, Rahim Omar, Auntie Margarat, Adik Syed Ali

Review : Memang menyentuh perasaan setiap watak yang di lakonkan. Tidak malu untuk berkata jatuh juga air mata sewaktu melihat persahabatan antara Alim dan Umar yang mungkin tidak lagi wujud sekarang. Persahabatan ‘brotherhood’ yang sanggup susah bersama, membina titi yang ramai tidak pasti akan kejayaannya. Mencari kayu di serata kampung, meminta cara baik dan tidak pernah lupa pasal ingat mengingati. Walaupun lurus bendul tetapi  masih mempunyai impian untuk jadikan kenyataan. Dengan kehadiran Umar sebagai rakan karib menjadikan persahabatan ini lain dari yang lain walau berlainan agama. Bayangkan sewaktu hujan lebat Alim dan Umar ke titi mereka untuk selamat agar tidak hanyut tetapi .. Apa kata anda tonton sendiri, 10/10 untuk pelakon dan team production bersama penulis skrip. Sesuatu yang lain dipertontonkan



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge