Tiket Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) Habis Di Jual Dalam Masa 1 Jam?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tiket Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) Habis Di Jual Dalam Masa 1 Jam?|Tiket Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) yang telah mula penjualannya pada pukul 12 tengah hari tadi, laku seperti pisang goreng panas. Menurut syarikat penjualan tiket AJL33, My Ticket, tiket aras Arena yang bernilai RM55 telah habis dijual dalam masa satu jam
 “Berita ini amat mengejutkan kami semua kerana kami selalunya memberikan tiket AJL secara percuma kepada orang ramai dan kelab peminat finalis. Tambahan pula, semenjak pengumuman penjualan tiket ini hari Jumaat lalu, kami turut mendapat kecaman dari pihak netizen yang mengemukakan ketidakpuasan hati mereka. Namun, kami tetap positif dengan semangat peminat finalis dan AJL itu sendiri, Alhamdulillah penjualan tiket ini berjalan dengan lancar. Ini juga membuktikan bahawa Anugerah Juara Lagu ini masih relevan pada industri muzik tanah air dan masih menjadi kegilaan peminat sungguhpun telah mengecapi siri yang ke-33.”
-kata Pengurus Hiburan Primeworks Studios, Encik Muhamad Sufian Che Isa
Sungguhpun tiket arena (RM55) telah habis dijual, tiket AJL33 di Aras 3 dan Aras 4 masih dijual seperti biasa dengan harga RM35 (Aras 3) dan RM25 (Aras 4). Para peminat AJL 33 boleh dapatkan tiket mereka di laman web www.myticket.asia.
Anugerah Juara Lagu 33 yang akan berlangsung pada 3 Febuari 2019 kelak, membariskan finalis-finalis hebat seperti Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Altimet, Haqiem Rusly, Syamel, Ara Johari, Kaer dan Amylea, serta ramai lagi.Sekiranya para peminat ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan AJL33, mereka boleh layari laman media sosial @TV3Malaysia di Facebook, Instagram, dan Twitter. Mereka juga dialukan untuk menggunakan tanda pagar #AJL33 untuk menghangatkan perbualan di media sosial.



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge