‘THINK BIG BIG’ DITAYANGKAN DI 10,900 PAWAGAM CHINA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Think Big Big DiTayangkan di 10,900 Pawagam China| Filem tempatan, ‘Think Big Big’ (TBB) yang diarahkan oleh pengarah prolifik Chiu Keng Guan kini bersedia untuk mengegarkan 10,900 buah pawagam di China dengan 60,079 tayangan. Bakal memulakan tayangannya di sana bermula 24 Mei ini.

Syarikat filem terbesar dan berpengaruh di China, China Film Group Corporation bersama syarikat filem lain seperti Huaxia, Film Distribution, Pearl River Pictures dan Beijing National Shadow Film Publishing Co., Ltd. akan menjadi pengedar filem di sana. Manakala, bahagian pemasaran akan digerakkan oleh syarikat media Beijing Aoweier Film&TV Culture Communication Co., LTD.Think Big Big

Astro Shaw selaku penerbit Think Big Big rasa berbesar hati apabila syarikat-syarikat filem terkemuka di China memberi kepercayaan pada naskhah ini. Sekaligus bersetuju untuk bekerjasama menayangkan filem ini di negara berpopulasi tinggi. Ianya semakin mengungguli kutipan tertinggi box office dunia menerusi filem tempatannya mahupun antarabangsa. Penerimaan ini di peringkat antarabangsa membuktikan jalan cerita yang dihidangkan dalam filem ini sesuai dengan penonton sasaran universal.

“Sebagai pengkarya filem di Malaysia, saya teruja apabila dapat peluang keemasan untuk mempersembahkan filem ini buat penggemar dan penonton filem di China. Saya harap filem ini mampu menyentuh perasaan penonton di sana sama seperti mana penonton di Malaysia.

Di zaman era serba canggih ketika ini, ada segelintir daripada kita yang suka memburu populariti di laman media sosial sehingga mengabaikan nilai-nilai murni. Saya harap elemen kejujuran yang diselitkan di dalam filem ini mampu memupuk kita untuk lebih menghargai masa bersama keluarga dan rakan-rakan serta menghargai diri sendiri.”

-Pengarah Think Big Big, Chiu Keng Guan.Think Big Big

Filem terbitan Astro Shaw, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment & MM2 Entertainment ini telah ditayangkan di pawagam tanah air dan Brunei pada Februari tahun lalu dan berjaya meraih kutipan sebanyak RM5.4 juta.

Sinopsis Think Big Big

Think Big Big dibintangi oleh bekas Miss Astro, Serene Lim dan Vivienne Oon, penyanyi Ruby Yap, Moon Yoong, Joanne Lau dan Keigrey Kam. Filem yang mengangkat tema hargai diri seadanya dan persahabatan .Think Big Big

Menceritakan tentang seorang gadis bertubuh ‘comel’ bernama Moon, yang mempunyai impian untuk menjadi seorang angkasawan. Dia hidup gembira, dan bekerja sebagai mascot. Tetapi beban hutangnya semakin banyak sehingga memaksanya untuk menyertai pertandingan mengurangkan berat badan yang memerlukannya berkongsi perjalanan di media sosial.

Trailer Think Big Big



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge