The Truth Dengan Single Cinta Sementara Bukan Hanya Sesama Insan!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

The Truth Dengan Single Cinta Sementara Bukan Hanya Sesama Insan!| Sudahkah anda mendengar single terbaru Cinta Sementara?Baru sahaja upload di YouTube sudah mendapat lebih dari 50,000 jumlah tontonan. The Truth adalah artis yang bernaung dibawah label Tarbiah Sentap Records.

Kenali The Truth

Dua anak muda Naufal Isa,22 dan Irwan Fariz,21 memulakan karier sejak di belajar di Universitu Sultan Azlan Shah, Perak. Bukan pertama kali membuat persembahan tetapi sering mendapat jemputan sewaktu di Universiti lagi.Selain itu dari menyanyi ada juga membuat perkongsian motivasi diantara sekolah-sekolah mahupun institusi tempatan.

Lebih suka dikenali sebagai penyanyi duo yang verstail dan bukannya penyanyi nasyid. Walaupun dalam lirik mahupun susunan lagu ke arah nasyid. Yang penting mesej-mesej positif yang ingin disampaikan dari lirik lagu tercapai. Mencuba cara baru dimana berkongsi dakwah dalam lagu dan menerapkan nilai positif dalam bait lirik.

Pernah mendapat sambutan yang menggalakan apabila ‘cover’ lagu menjadi hits apabila lagu-lagu hits antarabangsa dinyanyikan semula didalam bahasa melayu. Lirik juga diubah untuk mencantikkan lagi lagu sewaktu dinyanyikan semula.

Cinta Sementara

Single dikeluarkan pada 3 Julai 2020 dimana sepatutnya pada Mac 2020 jika bukan PKP. Mengisahkan tentang mengejar cinta manusia sampai hujung nyawa tidak akan habis. Lagu ini bukan sekadar pada cinta manusia tetapi juga pada dunia. Seperti bait lirik “tiada sempurna angan dan cinta dalam mengejar cinta sementara”.

Mungkin denhan cara genre Jpop ini dapat mengajak remaja di luar sana mendengar dan menjadi asbab untuk berubah pada kebaikan. Berdakwah dalam lagu dan sanggup menerima teguran jika ada kesalahan atau kesilapan

Tarbiah Sentap Records

Ahmad Adnin bin Roslan atau lebih dikenali sebagai Ustaz Adnin Roslan adalah pemilik label Tarbiah Sentap Records. Ustaz Adnin juga adalah seorang penulis novel terkenal.  Sudah 5 tahun beroperasi dimana berdakwah melalui 5 komponen iaitu; penerbitan buku, merchandise – eksklusif seperti baju, Sentap Records – pembikinan dan penerbitan album/lagu, consultancy – motivasi dan juga production – video.

Sebagai ‘student’ atau pelajar hala tuju perlu ditetapkan. Saya melihat bakat anak muda yang terpendam ini dan mempelawa untuk menjadi artis di bawah naungan Tarbiah Sentap Records. Di sini terciptanya The Truth dimana kebenaran melalui nyanyian. Lagu pertama Without me/Maafkan Aku dalam versi dakwah melalui YouTube mendapat sambutan yang menggalakkan.Ikuti perkembangan kedua melalui social media.



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top