The Musketeers Musim Ketiga Kembali Temui Penonton TV2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

The Musketeers Musim Ketiga Kembali Temui Penonton TV2| Berita baik pastinya kepada penggemar dan pengikut setia siri Inggeris The Musketeers apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjanjikan tayangan siri ketiga rancangan yang mengangkat kisah perjuangan pahlawan raja mempertahan keamanan negara ini. Disiarkan mulai 10 Jun ini, setiap Ahad, pukul 10.30 malam menerusi saluran TV2, siri 10 episod ini menampilkan pelakon utama Santiago Cabrera, Tamal Kari, Howard Charles, Tom Burke dan Luke Pasqualino.

Perjuangan pahlawan diraja ini bermula dengan menentang sekumpulan merompak menawan sebuah biara yang menempatkan anak-anak yatim dan paderi. Perompak ini telah membunuh paderi dan menjadikan penghuni lain tahanan. Mereka menyembunyikan senjata dan bahan ledakan untuk dijual. Justeru tiga pahlawan ini bertanggung jawab untuk menghapuskan penjahat. Mereka bertarung dan menghadapi pelbagai cabaran sebelum dapat menyelamatkan penghuni biara dan memusnahkan bahan letupan. Namun malangnya stelah berjaya, gabenor pula memperlekehkan perjuangan mereka.

Episod seterusnya membawa kepada kisah sekumpulan pahlawan ini menyiasat dan membenteras kegiatan haram rasuah beras untuk menyelamatkan pelarian-pelarian daripada mati kebuluran. Dalam siatan mereka mendapati beras sengaja disorokkan untuk dijual dengan pemerintah dengan harga yang melambung tinggi. Akhirnya mereka dapat membuktikan di hadapan raja sememangnya ada kegiatan rasuah di kalangan pembesar negara. Dalam episod tiga, sekumpulan soldadu ini ditugaskan untuk menyiasat dakwaan perancangan rampasan kuasa. Menteri memaklumkan bahawa adik raja merancang untuk merampas kuasa raja dengan bantuan gabenor yang belot. Raja tidak mempercayainya dan mengarahkan soldadu bertiga mencari dokumen sulit tersebut sebagai bukti. Pasukan Soldadu terpaksa melawan kumpulan pemberontak dan tentera yang belot. Diakhir cerita mereka berjaya menemui bukti dan adik raja di hukum semula.

Berikutnya kisah Ratu England telah dirompak semasa dalam perjalanan ke Paris. Raja Perancis mengarahkan ‘The Musketeers’ untuk menyiasat dan menangkap penjenayah yang melakukan rompakan permata-permata tersebut. The Musketeers terpaksa berdepan dengan berbagai rintangan dan perlawanan untuk mendapatkan semua permata-permata tersebut.Akhirnya penjenayah yang merompak dapat ditewaskan dan permata-permata tersebut dikembalikan kepada Ratu England. Ikuti kisah perjuangan sekumpulan soldadu ini mengawal tawanan penjara yang merusuh dan cuba meloloskan diri secara besar-besaran. Kegiatan ini telah didalangi oleh dua lelaki yang menggunakan orang tahanan untuk merompak harta perbendaharaan diraja dan seterusnya berkomplot untuk menyerang dan menawan raja. Akhirnya pasukan soldadu berjaya menggagalkan rompakan tersebut disamping menyelamatkan permasuri dari dibunuh oleh seorang gila yang mengaku dirinya sebagai raja.

Berikutnya kumpulan pengawal peribadi raja ini cuba untuk dibunuh untuk memudahkan rancangan rampasan kuasa Perancis. Dengan surat arahan palsu, anggota The Musketeers telah dipisah-pisahkan dan menjadi sasaran untuk dibunuh. Satu demi satu cubaan tersebut itu digagalkan. Akhirnya Raja dan takhta raja Perancis terselamat daripada rampasan kuasa yang didalangi oleh adik raja dan sekutunya.

Seterusnya apabila raja mati, kerajaan menjadi huru hara akibat pemberontakan, perebutan tahta dan cubaan pembunuhan pewaris raja. The Musketeers cuba membantu Menteri yang memangku kerajaan berjuang untuk memulihkan keamanan negara dengan melindungi bakal pewaris tahta, menumpaskan rampasan kuasa dan memadamkan pemberontakan. Diakhir cerita mereka berjaya namun Menteri pemangku terbunuh ketika melaksanakan misi tersebut. Episod akhir membawa kepada kemuncak bila dalang rampasan kuasa yang gagal cuba
membunuh anggota pasukan The Musketeers dengan pelbagai cara. Namun adakah percubaan mereka berjaya?



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top