The Face Of Healthy Beauty Semi Final Ke-3 di Central i-City Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

The Face Of Healthy Beauty Separuh Akhir di Central i-City Shah Alam|Pencarian Guardian Malaysia untuk mencari 4 wanita yang dicari untuk melayakkan ke The Face Of Healthy Beauty. 25 peserta telah disenarai pendek untuk separuh akhir hari ini dimana empat peserta bakal maju ke Pertandingan Akhir The Face Of Healthy Beauty yang akan diadakan di Kuala Lumpur 27 Julai 2019 nanti.

Seramai hingga kini 8 finalist telah dipilih dari separuh akhir yang diadakan di selatan dan utara. Hari ini di Shah Alam dan selepas ini di Kota Kinabalu untuk separuh akhir terakhir dalam pencarian The Face Of Healthy Beauty.

“Pencarian The Face Of Healthy Beauty bukanlah pertandingan rayu cantik. Healthy Beauty bermaksud individu yang mempunyai kehidupan yang sihat, penampilan menarik dan mempunyai perwatakan yang sempurna dan bagus.  Pencarian ini adalah individu yang mempunyai sikap positif, memberi keutamaan untuk menjadi lebih sihat dan menjaga kecantikan dan ketrampilan diri.”

-kata Soren Lauridsen,CEO South East Asia Guardian Health and Beauty Sdn Bhd.

Antara peserta yang tersenarai pendek untuk Semi Final

Pemenang The Face of Healthy Beauty bakal membawa pulang

  • wang tunai RM10,000 ,
  • voucher Guardian RM10,000
  • 1 tahun kontrak sebagai Duta Guardian Brand.
  • RM 5,000 untuk didermakan pada badan kebajikan pilihan mereka.
  • Barangan dari pihak sponsor
  • Bakal menjadi ‘Cover of Guardian’s Brand Catalogues’.

Antara aktiviti yang berlangsung seperti pengenalan diri, menjawab soalan dari panel juri dan membuat solekan mudah dengan barangan yang disediakan

Selain dari 4 finalist, terdapat 8 kategori bakal dianugerahkan seperti

  • Most Healthy (Blackmores)
  • Most Elegant (Bio-essence)
  • Most Youthful (Garnier)
  • Most Expressive Eyes (L’Oréal)
  • Most Passionate (Maybelline)
  • Most Confident (Nivea)
  • Most Cheerful (Safi)
  • Most Charming (TRESemmé)

The Face of Healthy Beauty terbuka pada semua wanita warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas. Setiap penyertaan dibuat melalui online di https://theface.guardian.com.my .

Para pelanggan Guardian juga boleh mengundi para peserta mereka atau peserta pilihan mulai 8 July-24 July 2019. Untuk maklumat lanjut boleh layari https://theface.guardian.com.my



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top