Texas Chicken Pandu Lalu Cawangan Pertama di Sunway Mentari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Texas Chicken Pandu Lalu Cawangan Pertama di Sunway Pyramid| Tahniah buat Team Texas Chicken dimana baru sahaja melancarkan pandu lalu a.k.a ‘Drive Tru’ cawangan pertama di Sunway Mentari , Selangor. Kalau anda salah seorang penggemar makanan restoran segera anda pasti pernah mencuba hidangan di Texas Chicken dimana ianya berasaskan ayam.

Pandu lalu cawangan pertama ini bersebelahan dengan stesen minyak yang terletak di Shell Sunway Mentari. Sesuai dengan lokasi strategik dan memenuhi kehendak para pelanggan yang ingin menikmati makanan kegemaran melalui – makan di restoran, take-away mahupun pandu lalu. Pandu lalu ini beroperasi 24 jam sehari ye. Boleh singgah bila-bila masa sahaja.

“Kami sangat teruja untuk meraikan kejayaan ini yang merupakan pencapaian penting dalam sejarah syarikat kami. Selepas enam tahun sejak pembukaan restoran pertama kami di Malaysia, kami berharap untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dengan membuka lagi cawangan pandu lalu. Selain membuktikan komitmen syarikat kami dalam mengembangkan perniagaan kami di Malaysia justeru menyumbang kepada ekonomi negara dan mewujudkan lebih banyak peluang perkerjaan untuk anda”

“Hari ini , lebih daripada 90% isi rumah Malaysia memiliki kereta. Dengan itu, pembukaan restoran berkonsepkan Pandu Lalu ini merupakan langkah yang tepat dalam mengembangkan perniagaan kami di sini. Kami memahami keperluan pengguna yang sentiasa kesuntukan masa lalu mencari kemudahan dalam menjalani kehidupan seharian. Terutamanya bagi mereka yang mengidamkan kelazatan ayam dan ‘biskut’ yang enak”

-kata Pengerus Envictus International Holdings, Dato’ Jaya Tan

“Malaysia adalah salah satu daripada 5 negara terbaik di seluruh dunia dimana kami amat berbangga untuk memiliki Envictus sebagai rakan francais kami di pasaran ini. Tahun 2019 dan 2020 merupakan tempoh yang menarik untuk Texas Chicken kerana kami bakal melancarkan penjenamaan semula restoran. Malaysia pula merupakan salah sebuah pasaran utama yang akan ditampilkan”

-kata Naib Presiden, Texas Chicken Business, Yang Ming Ong

Texas Chicken Sunway Mentari berkeluasan 3,500 kaki persegi dan dilengkapi dengan 146 tempat duduk. Hiasan dalamannya yang ceria dan selesa direka khas untuk menambat hati golongan dewasa mahupun keluarga. Restoran Texas Chicken juga menawarkan ‘refill’ minuman ringan secara percuma yang memberikan lebih nilai kepada para pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Texas Chicken Malaysia, sila layari

Website: www.TexasChickenMalaysia.com



1 thought on “Texas Chicken Pandu Lalu Cawangan Pertama di Sunway Mentari”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top