T-shirt #AirAsiaMAKNA, Rekaan Khas Dari AirAsia Untuk Mengumpul Dana Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

AirAsia telah menghasilkan t-shrit #AirAsiaMAKNA dengan rekaan terhad bagi mengumpul dana untuk  Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA), dengan harga RM30 sehelai.  T-shirt tersedia dalam saiz dewasa dan kanak-kanak bagi kedua lelaki dan perempuan. Direka dan dihasilkan oleh AirAsia Allstars (staff AirAsia) sendiri, t-shirt ini memaparkan rekaan uniform ikonik kapten dan pramugari AirAsia yang membawa logo MAKNA dan slogan ‘A Meaning To Life’ di bahagian belakang t-shirt tersebut; mengutus mesej positif sebagai sebahagian dari kempen CSR ini.

23

 

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar berkata,

Kesemua hasil dari jualan t-shirt ini akan disalurkan terus kepada Majlis Kanser Nasional Malaysia. Kami berharap dapat membantu dan menyumbang terhadap membasmi kanser, begitu juga dalam memberikan kebajikan yang diperlukan bagi mereka yang kurang berkemampuan melalui kempen #AirAsiaMAKNA. Lebih dari seratus ribu pesakit kanser yang menerima bantuan dari MAKNA dan kami berharap dapat meningkatkan lagi jumlah tersebut menerusi jumlah yang terkumpul dari kempen ini.”

“Lebih penting lagi, kempen ini direka khas bagi memberi kesedaran dan memastikan masyarakat awam mengetahui dan memahami mengenai kanser. MAKNA juga akan hadir di kesemua lokasi jualan kami bagi memberikan informasi mengenai cara-cara menghindari kanser dan servis yang mereka tawarkan kepada pesakit kanser. Rekaan t-shirt ini adalah sangat ranggi dan kami fikir adalah cara positif memberi perhatian kepada isu ini, dan juga menjadi ‘papan iklan bergerak’ bagi kesedaran kanser,” tambah Aireen.

Farahida Mohd Farid, Pengurus Besar MAKNA berkata

Kanser adalah ancaman global telah membuat MAKNA terus bekerja bagi memastikan kes-kes kanser yang baru kekal pada tahap yang rendah. Usaha ini memerlukan kesedaran dan sokongan berterusan dari semua. Program mencegah adalah penting bagi mengekalkan jumlah mereka yang terselamat adalah tinggi menerusi pengesanan awal. Unit mudah alih Mamogram MAKNA  juga bertujuan mengesan tanda awal kanser payu dara yang merupakan pembunuh no.1 wanita. Kerjasama dengan AirAsia Berhad adalah peluang bagi kami menyuarakan seruan nasional dan menekankan kepentingan kehidupan yang sihat. Kami berharap kempen ini memainkan peranan yang lebih penting dan menghantar mesej yang penuh makna kepada masyarakat awam serta memberi rasa murni  memakai t-shirt terhad dengan rekaan istimewa ini dan berharap dapat memeriksa kesihatan diri mereka dengan lebih kerap.

24

T-shirt #AirAsiaMAKNA tersedia untuk dibeli di beberapa lokasi di bawah:

Venue Date & Time
Beach Market BazaarTaman Gelora

Kuantan, Pahang

8th, 9th, 10th May 201510am – 10pm
Graduan Aspire 2015
KL Convention Centre, Kuala Lumpur
9 & 10 May 2015
12pm – 6pm
Taylor’s University Lakeside Campus 
Subang Jaya, Selangor
13 May 2015
10am – 4pm
AirAsia Travel Fair 2015 @ Penang
Gurney Paragon Shopping Mall,Persiaran Gurney, Penang
16 – 17 May 2015
10am – 10pm
AirAsia Travel Fair 2015 @ Petaling Jaya
Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor
29 – 31 May 2015
10am – 10pm

 

Jualan t-shirt bagi kempen ini direka sebagai acara di mana AirAsia dan MAKNA dapat hadir bersama bagi memberi kesedaran terhadap kanser menerusi informasi yang diberikan di kesemua lokasi acara tersebut.

23

Peraduan foto bersempena dengan t-shrit #AirAsiaMAKNA

AirAsia juga menganjurkan peraduan foto bersempena dengan kempen ini. Semua yang membeli t-shirt eksklusif ini berpeluang untuk memenangi sepasang tiket penerbangan ke destinasi-destinasi terpilih AirAsia & AirAsia X, hanya perlu muat naik foto kreatif mereka memakai t-shirt ini di Twitter atau Instagram dan hashtag #AirAsiaMAKNA. Pemenang akan di umumkan oleh AirAsia pada penghujung durasi kempen ini pada hujung bulan Jun.

Masyarakat awam juga boleh melawat untuk maklumat lanjut.http://www.airasia.com/airasiamakna

MAKNA ingin mngerakkan asset mereka dalam memberi usaha kuratif, mencegah,  penyelidikan,  dan sokongan kepada pesakit kanser dan keluarga mereka, golongan berisiko tinggi dan masyarakat awam di Malaysia dan rantau ini. Objecktif mereka adalah bagi melawan kanser dan mengurangkan sakit yang berkaitan, morbiditi, dan kesukaran yang dihadapi pesakit kanser.

KP dah ada baju ini. Memang lawa design dan rekaannya. Moga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat membantu mereka yang menghidap kanser

#kitepunye #kitepunyedotcom #airasia #AirAsiaMAKNA #makna #airasia

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top