TERKINI

Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultan Aminah Terbakar

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Salam Takziah & Al- Fatihah. Semoga dilindungi dan dipermudahkan……Semoga Allah lindungi mereka disana

Al- Fatihah terlebih dahulu KP ucapkan buat mangsa- mangsa yang terlibat di dalam kebakaran pagi ini di tingkat 2 Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultan Aminah Johor. Terperanjat bila diberitahu tentang kebakaran in pagi tadi hanya mampun memanjatkan doa buat mereka yang terlibat

Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultan Aminah Terbakar

Kebakaran dikatakan berlaku lebih kurang jam 9 pagi dimana ianya wad di tingkat 2. Katanya kebakaran bermula dari wad bersalin dan merebak ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) . Semua pesakit dibawa turun dengan bantuan jururawat juga doktor dan ditempatkan di tempat letak kenderaan ( tempat dimana berhimpun jika ada kecemasan)

Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultan Aminah Terbakar Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultan Aminah Terbakar

Petikan dari laman web bharian :  Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata pihaknya masih giat melakukan operasi pemadaman kebakaran selain menyelamat mangsa terperangkap. Operasi masih diteruskan dan sehingga kini masih belum ada laporan rasmi daripada pihak polis, bomba dan Jabatan Kesihatan negeri berhubung kejadian berkenaan
Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultan Aminah Terbakar Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultan Aminah Terbakar

Moga keluarga pesakit yang  terlibat bersabar dan bertabah. Pada mereka yang masih berada di sana KP sekeluarga mendoakan agar semuanya selamat dan senantiasa dilindungi oleh Allah S.W.T