TERKINI

Program Kasih Ilmu Anak Selangor Antara Projek CSR Bersama MBI

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Program Kasih Ilmu Anak Selangor Antara Projek CSR Bersama MBI |Sejajar dengan pembukaan sekolah yang bakal tiba kurang dari 3 hari memberi peluang buat MBI untuk menjalani Tanggungjawab Sosial Korporat (“CSR”) bagi mereka yang memerlukan . MBI membantu dalam menyalurkan sumbangan kepada rakyat yang memerlukan dimana ini adalah di antara objektif MBI untuk menyokong inisiatif Kerajaan Negeri iaitu Membangun Bangsa Memakmur Negeri.MBI telah mengambil inisiatif untuk menyalurkan sumbangan bantuan persekolahan kepada golongan sasaran sejajar dengan objektif utama MBI untuk membantu golongan yang memerlukan dalam meringankan beban yang ditanggung berikutan kenaikan taraf hidup selain daripada bantuan yang diberi oleh Kerajaan Negeri.

Objektif Program Kasih Ilmu Anak 

Objektif Program Kasih Ilmu Anak Selangor memberikan sinar harapan buat para keluarga yang berpendapatan rendah. Bukan mudah untuk menyediakan keperluan sekolah jadi dengan projek CSR ini sedikit sebanyak dapat membantu untuk meringakan beban keluargani adalah untuk meringanka. Seramai 55,000 orang yang bakal mendapat banuan keperluan sekolah terutama sekali perlajar sekolah rendah. Ini juga antara agenda Kerajaan Negeri dalam membantu dan meringakan beban dalam isu kenaikan kos sara hidup agar sumbangan yang disediakan dapat di salur terus kepada penerima. Keperihatinan MBI terhadap isu semasa yang terpaksa di tanggung rakyat bukan setakat keperluan sekolah tetapi juga perbelanjaan tetap di rumah dan lain -lain lagi

Antara program yang telah dianjurkan seperti:-
1. Program Hope For The Future di Sunway Lagoon
2. Program di Tadika Cahaya Takwa
3. Program di Sungai Buaya Rawang
Bantuan persekolahan dalam Program Kasih Ilmu Anak mendapat sokongan dari anak tempatan iaitu FR Junior . FR Junior adalah produk terbaru yang di reka khas oleh En Fairuz Ramdan dengan menggunakan kualiti kain yang bagus. Dari jahitannya pula memang kemas dan cantik apabila anak-anak mengayakan baju sekolah ini .
Banyak informasi tentang khidmat masyarkakat yang dilakukan oleh MBI Selangor – https://www.instagram.com/csrmbiselangor/
Manakala tentang produk FR Junior boleh sahaja klik di https://www.instagram.com/theofficialfrjunior/ atau https://www.instagram.com/itsfr/