TERKINI

PPZ TV di Youtube , Apa Yang Menariknya Ialah …

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

PPZ TV di Youtube , Apa Yang Menariknya Ialah … | Bila sebut pasal zakat ramai yang cuma ambil pusing bila bulan Ramadan sedangkan zakat ianya berterusan. Tidak semestinya tunggu bulan Ramadan tiba baru membayar zakat sedangkan ianya boleh dilakukan bila-bila. ZAKAT bukan sekadar zakat fitrah. Zakat jugadikenakan ke atas harta yang kita miliki seperti Pendapatan, Simpanan, Emas, Perak, Perniagaan dan sebagainya apabila cukup nisab dan haulnya. 

Mengikut peredaran masa sekarang PPZ-MAIWP tidak ketinggalan untuk turut sama menggunakan channel -channel seperti social media untuk berinteraksi dengan semua. Terbaru dengar kata PPZ-MAIWP telah membuat akaun YOUTUBE mereka sendiri. Macam mana KP boleh tahu? Sebab 2-3 hari yang lepas adalah rakan rakan berkongsi video tentang Zakat VS Sedekah. Ingatkan video pendek hasil dari mereka yang suka akan bidang lakonan rupanya tidak , video ini adalah dari PPZ-MAIWP sendiri .  Ada beza rupanya maksud Zakat dan Sedekah dimana zakat adalah wajib dan sedekah adalah sunat yang dituntut.

PPZ TV di Youtube , 


Yeszaa… !!! Dalam banyak-banyak cara social media KP suka sangat cara ini. Ini kerana apabila dikongsikan di youtube bukan sahaja boleh dikongsikan ceramah, mahupun informasi tentang sesuatu tajuk untuk dibincangkan sama ada secara lakonan semula ataupun secara forum tetapi juga tazkirah. Buat kami yang kekangan masa untuk hadir mendengar ceramah /forum itu sendiri.

Antara YouTube PPZ TV Pilihan

Antara tajuk yang menjadi pilihan dan dikongsikan bersama adalah Youtube : Agih Sendiri VS Bayar Di Pusat Zakat. Sebelum ini , KP sendiri pun teragak-agak yang mana lagi elok .  Ini adalah diantara isu-isu yang selalu bermain di fikiran bukan sahaja pada KP tetapi pada ramai orang di luar sana. Ini kerana mungkin ada yang tidak mempercayai akan institusi zakat dalam pengagihan mahupun kutipan jadi lebih gemar memberi sendiri. Dalam video pendek yang di kongsikan ini secara tidak langsung memberi penerangan kelebihan menunaikan zakat kepada institusi zakat. Dengan kehadiran &; penyataan dari ustaz-ustaz dapat membuka minda pada
mereka yang mengalami isu-isu sebegini. Lakonan yang bersahaja ini mungkin ada yang terasa hati tetapi itulah hakikatnya yang sebenar.

hashtag #gengdakwah

Menggunakan hashtag #gengdakwah KP rasa bebesar hati untuk turut serta dalam berkongsi mana-mana video yang dihasilkan.
Informasi tentang Pusat Pungutan Zakat (PPZ)  PPZ-MAIWP adalah salah satu badan bagi pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk mengutip zakat. Manakala untuk urusan agihan ianya dilakukan oleh Baitulmal-MAIWP.

Tak salah berkongsi dengan rakan-rakan kerana dalam kita berkongsi ini mungkin ada yang baru tahu kerana selama ini mereka tidak mengetahuinya. Apa pun nak tahu video apa lagi yang ada apa kata klik dan jangan lupa subscribe sekali ye di

Youtube PPZ TV : https://www.youtube.com/user/ppztv