TERKINI

Perlantikan Shaklee Malaysia ,Helen Lam bermula Januari 2016

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Shaklee Malaysia

Shaklee Malaysia mengumumkan perlantikan Helen Lam sebagai Presiden, Shaklee Malaysia. Beliau menyertai syarikat tersebut pada Januari 2016. Sebelum ini, Helen telah pun bergiat aktif di dalam bidang industri Jualan Langsung melangkaui 20 tahun menerajui bahagian Pemasaran & Jualan di syarikat multinasional.

Sedikit informasi tentang Shaklee Malaysia

Di Shaklee, kami percaya bahawa alam semula jadi mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif. Kisah bermula hampir 60 tahun yang lalu apabila Dr. Forrest C. Shaklee, dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature® telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat.

Shaklee merupakan syarikat pemakanan semula jadi nombor satu di Amerika Syarikat  di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. Kami melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk kami

Shaklee Malaysia

Perlantikan Helen Lam Sebagai Presiden Shaklee Malaysia

Shaklee Malaysia

“Bukan mudah mencari seorang pengurus eksekutif yang mempunyai latar belakang dan pencapaian di dalam industri ini, dengan minat yang amat mendalam membantu memberi impak positif kepada kehidupan orang lain”, ujar Roger Barnett, CEO kepada Shaklee Corporation.

Tambah beliau, “Kami amat bertuah dengan kehadiran Helen yang mahu menjadi sebahagian daripada keluarga besar Shaklee dalam membantu rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat dan mempunyai kehidupan yang lebih baik. Kami amat teruja untuk melihat perubahan besar terhadap perniagaan Shaklee di Malaysia, tambahan pula kehadiran Helen sebagai Presiden, tentunya akan lebih mengeratkan jalinan hubungan perniagaan kita di dalam keluarga besar Shaklee”.

Helen mempunyai pengalaman yang cukup luas sebagai Pengurusan Eksekutif dengan rekod pencapaian cemerlang, berganding erat bersama para pengedar, bagi memacu pertumbuhan yang stabil dalam jangkamasa panjang, di dalam industri jualan langsung. Sepanjang penglibatan beliau, Helen telah berkarier secara meluas di seluruh Asia Tenggara untuk pertumbuhan kedua-dua pasaran bakal dansedia ada.Inginkan maklumat lanjut , sila ke

Website : Shaklee Website

Facebook : Shaklee Facebook

Instagram : Shaklee Instagram

Nota: Ini adalah informasi untuk di kongsi bersama

#kitepunye #kitepunyedotcom #shakleemalaysia #shaklee