TERKINI

Pelancaran Aplikasi E-INFAQ Dari Infaq Channel Sdn Bhd

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pelancaran Aplikasi E-INFAQ Dari Infaq Channel Sdn Bhd

Pelancaran Aplikasi E-INFAQ dari Infaq Channel Sdn. Bhd,bakal menghubungkan badan-badan kebajikan, individu, mahupun organisasi yang memerlukan bantuan, tidak kira dari segi kewangan, manfaat yang diperoleh dari wakaf, dan kemudahan asas. Aplikasi E-INFAQ ini telah dibina dan dimajukan oleh INFAQ Channel Sdn. Bhd. Sejajar dengan maksud disebalik perkataan INFAQ ( membelanjakan harta ke jalan Allah), ia juga membawa objektif utama penubuhan aplikasi ini, iaitu ingin membantu masyarakat di luar sana membuat  amal dengan mudah dan cepat.

3 kaedah utama E-INFAQ

Aplikasi ini mengenengahkan 3 kaedah utama iaitu INFAQ ,Zakat, dan Wakaf.

Amin Idris ketika sesi perkongsian bersama teman media (1)
  1. Infaq – memudahkan dan mempercepatkan pengumpulan dana dan anda menentukan pusat atau badan kebajikan yang akan menerimanya.
  2. Wakaf – membeli kitab Tafsir Ibnu Kathir dari e-infaQ dan diwakafkan kepada pusat atau badan kebajikan yang anda tentukan.
  3. Zakat – projek kerjasama yang akan datang dalam membantu dan memudahkan proses pungutan dan pemberian zakat kepada badan-badan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

Kata Ketua Pasukan Teknologi Infaq Channel Sdn Bhd, En Mohd Izzairi Yamin, menceritakan idea tertubuhnya aplikasi ini,

Pelancaran Aplikasi E-INFAQ Dari Infaq Channel Sdn Bhd
“Saya amat berminat untuk membina aplikasi yang akan memberi impak besar dan mampu membantu masyarakat. Seringkali, situasi dimana terlalu ramai pihak yang memohon bantuan, menggunakan platform FACEBOOK mahupun aplikasi Whatsapp dimana cara tersebut kurang efisyen dan pemproses pencarian dan pemberian dana yang lambat, Dari pemasalahan tersebut, rakan-rakan sepasukan dan saya, memikirkan cara yang terbaik, mudah dan cepat dalam melakukan transaksi amal jariah ini. Disitu lahirnya E – INFAQ. Tidak perlu lagi untuk mengingati nombor akaun yang panjang atau menghantar cek ke satu organisasi yang mereka ingin dermakan. Hanya gunakan aplikasi ini! Kami mahu menjadikan„INFAQ atau bersedekah satu rutin dan bukan sahaja budaya.”
Perbezaan utama dan kekuatan aplikasi ini,adalah konsep telus dan saksama. Ia amat dititik beratkan kerana ia melibatkan amanah dari pihak luar. Oleh yang demikian, aplikasi ini mempamerkan transaksi secara langsung (Live transaction) untuk setiap pengeluaran mahupun kemasukan wang kedalam aplikasi ini di laman web mereka iaitu di http://www.einfaq.com
.
Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Infaq Sdn Bhd, En Tajuddin Idris, menegaskan,Pelancaran Aplikasi E-INFAQ Dari Infaq Channel Sdn Bhd
“ E-Infaq amat berhati-hati dalam menempatkan individu ataupun organisasi yang ingin memohon dana menggunakan aplikasi kami. Kami telah menemui satu proses mekanisma dalam memastikan kesemua pihak yang terlibat dalam memohon bantuan menggunakan aplikasi kami adalah sahih dan tiada unsur-unsur penipuan. Para pengguna aplikasi tidak harus khuatir dengan pihak yang terlibat dalam E-INFAQ kerana pasukan kami telah menjalankan penilaian pasaran sebelum mereka dibenarkan menggunakan platform ini”
Aplikasi ini boleh dimuat turn di Google Play Store untuk pengguna Android dan Apps Store untuk pengguna IOS dengan mencari kata kunci einfaQ. Besar harapan . Besar harapan untuk menjadikan aplikasi ini sebagai medium utama dalam menggalakkan orang ramai membelanjakan harta ke jalan yang diredhai Allah S.W.T
Pelancaran Aplikasi E-INFAQ Dari Infaq Channel Sdn Bhd
Untuk maklumat lanjut
Website E-INFAQ : http://www.einfaq.com/