TERKINI

“Mother 2.0” dari Lifetime Asia Khas Untuk Hari Ibu

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

“Mother 2.0” dari Lifetime Asia Khas Untuk Hari Ibu. Lifetime ‘menaikkan taraf’ ibu hari ini dengan menggelarkan “Mother 2.0”

1

“Mother 2.0” oleh Lifetime ini diberikan berdasarkan kepada perubahan mengikut peredaran zaman – yang mana ibu-ibu hari ini kebanyakan menguasai kemahiran-kemahiran mengagumkan seperti yoga, pengubahsuaian dalam 5 minit, menjalankan pelbagai tugas serentak dan banyak lagi.

Untuk menghargai ibu-ibu Mother 2.0 ini, Lifetime dengan bangganya mengadakan kempen Hari Ibu bagi meraikan wanita-wanita istimewa dengan prinsip tersendiri yang telah melawan tradisi dan mengubah stereotaip untuk menjadi ibu dengan cara yang mereka sendiri tentukan. Dan anda juga boleh menjadi sebahagian daripada revolusi

Kisah Video Mother 2.0

Bagi menunjukkan yang seorang ibu juga boleh meneruskan minat mereka, empat personaliti Mother 2.0 akan berkongsi kisah dan pendirian mereka di laman Facebook dan laman web Lifetime Asia! Kenali ibu-ibu ini dan kongsi kisah mereka dengan ibu-ibu lain:

 Puteri Kirana, seorang pelagak ngeri motosikal yang sukakan adrenalin;

 Nisa Hadian, seorang jurutera pelantar minyak yang suka membuat kek;

 Ammetta Malhotra Bergin, seorang jurulatih peribadi dan pemilik Target Fitness Gym

 Jayvy Chin, seorang ibu bertatu yang meminati seni tatu.

Ibu-ibu ini dan ramai lagi ibu-ibu lain, membuktikan yang kehidupan seorang ibu bukanlah terhad seperti yang ditetapkan oleh tradisi lama; apa yang lebih penting, menjadi ibu tidak bermakna seorang wanita harus melupakan minatnya dan menghalangnya daripada menjadi individu dengan keunikan tersendiri.

2

Sepanjang kempen ini, Lifetime juga akan memaparkan rencana-rencana senarai ringkas di Facebook yang akan memaparkan aspek-aspek ibu-ibu Mother 2.0 daripada pelbagai sudut berbeza. Terdapat idea-idea pemberian hadiah Hari Ibu dan aktiviti-aktiviti menarik!

Sertai kempen ini sekarang – sebagai ibu Mother 2.0 ataupun memberikan ucapan penghargaan buat wanita bergelar IBU yang banyak memberi inspirasi dalam hidup anda

Inginkan maklumat lanjut , layari

Facebook Lifetime Asia

Website Lifetime Asia