PRODUCT TERKINI

#Lot10Wanderlust Bakal Menjadi Social Hotspot Di KL

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

#Lot10Wanderlust Bakal Menjadi Social Hotspot Di KL | Lot 10 antara pusat membeli- belah yang agak terkenal di segitiga emas di area Bukit Bintang.. Ada juga yang mengatakan yang ia adalah di antara ‘syurga’ pusat beli-belah di perdeKuala Lumpur. Terkini Lot 10 telah membuat perubahan mengikut peredaran terkini dari segi luaran mahupun dalaman.#Lot10Wanderlust Bakal Menjadi Social Hotspot Di KL

Pusat Membeli-belah Lot 10 

Bangunan yang megah berdiri berwarna hijau bakal menjadi social hotspot dengan menawarkan pelbagai aktivit dan program buat bara pengunjung tidak kira antarabangsa mahupun tempatan.

“Lot 10 telah diilhamkan semula sebagai destinasi sosial untuk orang ramai bertemu dan berhubung, selain daripada membeli-belah, makan tetapi juga berhibur di bawah satu bumbung yang sama. Lot 10 yang baru ini dibina berpaksikan tiang ‘Youthful, Fun, Creative & Connected. ‘Youthful’ lebih kepada menggembirakan pelanggan dalam suasana trendy, kami bergabung bersama penyewa kedai, rakan kongsi dan pengunjung untuk memberi suasana ‘Fun’. Kami mencipta ‘Creative’ untuk memberi pengalaman membeli-belah yang unik dan akhir sekali kami ingin ‘Connected’ dengan pengunjung melalui penyediaan tempat sosial yang membolehkn mereka membuat pertemuan dan berhubung antara sesama mereka

. Sejak kami melakukan pengubahsuaian pada bangunan Lot 10 tahun lalu, banyak pembaharuan berlaku di dalamnya. Kami telah menerima penyewa-penyewa baru antaranya Reebonz, kedai offline pertama sepertinya di Malaysia, J’s Gate Dining yang menawarkan 18 restoran makanan Jepun, Tokyo Candy Factory, Molten Chocolate dan terbaru adalah Sennheiser Pop-Up Store. ”

Kata Joseph Yeoh, Naib Presiden YTL Land & Development &YTL Hotels & Properties.

Aktiviti -aktiviti yang diadakan bakal memberikan pengalaman dan pengetahuan dalam usaha untuk menarik lebih ramai untruk turut serta. Antara aktiviti #lot10wanderlust yang telahpun diadakan pada hujung minggu di Lot 10 adalah:

  • Pasar Sari
    -telahpun berakhir pada 22 April lalu dimana Pasar Sari ini menawarkan pelbagai produk keluaran milik pengusaha tempatan. Antara pengusaha yang terlibat adalah Apothecary Malaysia, Kapten Batik, Buih & Co dan banyak lagi. Lot 10 bercadang untuk menjadikan Pasar Sari ini sebagai aktiviti setiap 4 bulan.
  • Forum Terbuka
    -Lima pengusaha wanita berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dalam industri fesyen dan kecantikan. Mereka adalah Aina Syahirah (Kulet), Jenn Low (Wanderlust & Co), Didie Nasir (Dida Cosmetics & Dynda Designs), Tengku Jamidah (Dida Cosmetics & THAVIA) dan Haida Yusof.
  •  Tonton wayang di Lot 10 Rooftop
    -Buat pertama kalinya, pada 13 April lalu, satu sesi menonton wayang Cinema Paradiso telah diadakan di bahagian Rooftop. Dengan ditemani sinaran bintang-bintang di langit, pengunjung berpeluang menonton wayang Korean berjudul ‘Battleship Island’ yang mendapat sambutan hangat di Korea. Mendapat kerjasama bersama iflix, BenQ, Sennheiser dan Strongbow, Lot 10 bakal mengadakan lebih banyak sesi menonton wayang tidak lama lagi.

Bukan itu sahaja, Lot 10 juga menawarkan:

  • restoran untuk menjamu selera antaranya di Lot 10 Hutong, Rococo Cafe, Coffee Bene, 18 restoran Jepun dan banyak lagi.
  • permainan e-gaming di The Geek Arena. Pelbagai permainan e-gaming disediakan seperti Street Fighter, FIFA, PUBG, Rainbow6siege, League of Legends dan banyak lagi ditawarkan di arena ini.
  • hiburan seperti ‘busking’ juga diadakan di pintu masuk Lot 10 bermula tengahari hingga 9 malam. Pengunjung juga dihiburkan dengan musik piano, saxophone, gitar, cello dan banyak lagi.
  • menganjurkan Open Piano yang mana pengunjung boleh menunjukkan kemahiran mereka di sini.
  • berkongsi gambar-gambar selfie menarik di ruang Instagram Spots yang mempunyai temanya tersendiri yang boleh dijumpai di setiap aras Lot 10. #Lot10Wanderlust Bakal Menjadi Social Hotspot Di KL
  • berkongsi idea dan mencatat apa sahaja di Chalk Walls
  • Wifi percuma kepada pengunjung
  • Cheerleader Squad yang membantu pengunjung yang memerlukan bantuan penunjuk arah dan sebagainya dan melakukan promosi
  • perkhidmatan SOCAR, iaitu platform perkongsian kereta

Ini hanyalah sebahagian daripada aktiviti yang ada , masih ada lagi aktivti lain yang bakal dan sedang diadakan di Lot1 10 . Jika ingin mengetahui perkembangan terkini boleh sahaja layari #Lot10Wanderlust dan #lovelot10. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari

Facebook Lot 10 www.facebook.com.pg/Lot10KL/events/ 

Instagram Lot 10: www.instagram.com/lot10klofficial

Tunggu entri KP untuk pengalaman di #Lot10Wanderlust