TERKINI

#LionAirJT610 Terhempas, Salam Takziah Pada Keluarga Mangsa

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

#LionAirJT610 Terhempas, Salam Takziah Pada Keluarga Mangsa|Penerbangan pesawat Boeing 737 MAX 8 milik Lion Air yang terputus hubungan sejurus berlepas pada 6.20 pagi tadi disahkan terhempas.

Menurut Agensi Pencarian dan Penyelamat Nasional Indonesia, penerbangan yang membawa seramai 189 penumpang itu terhempas pada jam 7.30 pagi waktu tempatan di Pangkal Pinang, Pulau Bangka Indonesia.

Pesawat jenis JT-610 itu berlepas dari lapangan terbang Jakarta pada 6.20 pagi dan terputus hubungan pada jam 6.33 pagi waktu tempatan.

Image may contain: 1 person, text

“Pesawat yang membawa 178 penumpang dewasa, 1 penumpang anak-anak, dan 2 bayi dengan 2 pilot dan 5 flight attendant,”

Pesawat ini dikatakan baru sahaja sampai pada August 2018

Dikongsikan juga video yang dirakam kelihatan serpihan kapal terbang dan juga barangan peribadi penumpang

No automatic alt text available. Image may contain: one or more people Image may contain: one or more people, people standing, child and outdoor

Pesawat dikendalikan Kapten Bhavye Suneja dan pembantu juruterbang Harvino, bersama enam anak kapal iaitu Shintia Melina, Citra Noivita Anggelia, Alviani Hidayatul Solikha, Damayanti Simarmata, Mery Yulianda, dan Deny Maula.

Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu yang membawa 181 dan lapan anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan sebelum terhempas di perairan Karawang, selepas berlepas 6.20 pagi tadi dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Depati Amir Pangkal Pinang pada jam 7.10 pagi waktu Indonesia barat (8.10 pagi waktu Malaysia).

Menurut jurucakap Komunikasi Stategik Korporat Lion Air Danang Mandala Prihantoro, pesawat itu direkodkan dalam keadaan baik sebelum berlepas.

“Juruterbang sudah memiliki jam penerbangan lebih dari 6,000 jam terbang, dan pembantu juruterbang mempunyai lebih dari 5,000 jam penerbangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Lion Air telah membuka pusat operasi berhubung nahas itu dan anggota keluarga boleh menghubungi pusat berkenan di talian (+62) 021-80820000 atau (+62) 021-80820002 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sementara itu Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (BASARNAS) dalam satu kenyataan berkata pasukan mencari dan menyelamat telah menemui beberapa serpihan dan barang milik penumpang pesawat berkenaan.

Setakat ini tiada makluman rasmi berkenaan jumlah korban, namun dikhuatiri semua penumpang dan anak kapal terkorban dalam kejadian itu.